Nuffnang Ad

Tuesday, 21 September 2010

Open house Kak Ina

Sabtu we all dapat undangan ke rumah terbuka Kak In and Kak Liza. Entah macamana, we all orang pertama sampai..alamak..malunya. Nampak sangat memang muka tak berapa nak mau, kan bila bab-bab makan nie. Di rumiah Kak Ina, kami dihidangkan dengan mee kari dan juga kuih muih dari Malaysia.

Minggu lepas, kemaruk sangat nak makan satay, kebetulan pulak Kak Ina pun buat satay, apa lagi puaslah we all makan especially Danish the Menace. Makan sampaikan tak tgk belakang dah.

Ryan the Lion pun sama jugak, melasak sana sini. Bukannya die pikir, rumah orang ker rumah sendiri..habis dilanyaknya kerusi rumah Kak Ina, buku-buku Umar dan jugak mainan. Malulah mummy macam nie.

Antara jemputan yang hadir, sedap sangat makanan rumah Kak Ina nie. Bila pulak Kak Ina nak datang beraya rumah kami yer..hmmm, tunggguuuuuu !!!!!

Kebetulan pulak family Abang Azul pun ada jugak so, lagilah meriah rumah. Tapi, Abang Azul ngan Kak Azie puasa 6, so hari last mereka berpuasa..Alhamdulillah, I aje yang belum berkesempatan untuk berpuasa 6. Insyallah, minggu depan akan cuba berpuasa 6 jugak.

Geng ayah duduk jauh sikit dari geng para isteri yang tidak bekerja kerana mereka tahu topik apa yang sering si isteri bualkan bila dah berjumpa, kalau tak psl pinggan mangkuk Corelle, sure pasal garage sales. Itu adalah topik yang wajib, yer. And,as for Danish, layan game dengan Akil pun jadi jugak. Cukup suka bila nampak Akil kat muka pintu.

No comments:

Post a Comment