Nuffnang Ad

Tuesday, 14 September 2010

Kuih raya dan juga, zakat tidak dilupakan

Masa dalam bulan puasa dulu, Daddy Jack dok ralit cakap nak makan kuih tat nenas, pastu siap demand pulak, nak makan tat bunga, taknak makan tat gulung atau tat buah. Puas pikir, manalah nak cari acuan kuih tart bunga. Terus nak suruh family Malaysia poskan ke sini aje. Kak Shidah ada jugak cakap yang Kakak jual murtabak tu ada jugak buat kuih raya. Memula Daddy Jack berkeras nak suruh I buat so I mmg tak ada masalah, tapi bila I tunjukkan die senarai barang yang nak dibeli termasuklah bahan-bahan buat kuih, terus die cakap, order ajelah kat Kakak Murtabak tu.

Untuk hari raya, Kak Juana nie buat beberapa jenis kuih, antaranya Tat Nenas, Biskut Suji, Kuih Kacang, Kuih Makmur dan juga kuih bentuk aiskrim tu, tak tahu pulak nama kuih tu. So, masa order dulu, just ambik 2 jenis aje, kuih tat and biskut suji sebab Kak Shidah kata biskut suji die sedap..sekali bila ambik kuiha and ambikkan kuih untuk Kak Shidah sekali, ada ternampak pulak biskut kacang nie. mcm biskut mazola la. Biskut Mazola adalah biskut kegemaran ku sangat-sangat.

Tu die kuih hasil tunjuk kat rumah Kak Juana, 2 balang besar tu hanyalah chocolate chips cookies from Coles dan jugak wafer cubes Jackers from Vatan Supermarket. Balang yang cantik nie hanyalah dari Cheap as Chip and ianya sungguh cantik. Rasa mcm nak beli banyak-banyak as balang kuih raya kat Malaysia nanti.

We all juga tak lupa membayar zakat. I pernah membincangkan hal ini dengan Daddy Jack bila bab-bab zakat nie. At first we all pikir, minta tolong family di Malaysia yang tolong bayarkan, tetiba dapat email tentang kewujudan Tabung Amanah Zakat (TAZ) dan Haji Arif sebagai salah seorang amilnya.

Alhamdulillah, kami telahpun menunaikan Rukun Islam yang ke 5. Kami juga membayar zakat di Adelaide dan juga di Malaysia. Ada rezeki lebih, so berkongsilah dengan mereka yang memerlukannya.

1 comment:

  1. Selamat Hari Raya Gina...hope you had a great Raya with family

    ReplyDelete