Nuffnang Ad

Sunday, 12 September 2010

Juadah dipagi Raya

After berperang di dapur memasak untuk juadah hari raya yang pertama untuk my family di perantauan ini, itu belum kes, nak resepi from Ibu, sambil masak, called tanya resepi, berapa sukatan dan sebagainya, Alhamdullillah, I berjaya menyiapkan apa yang diminta oleh suami tercinta.

Pagi raya, Aiyu cik jiran sebelah tetap setia menjadi penghantar makanan untuk pagi Raya ini. Tahun nie merupakan tahun terakhir Aiyu merayakan Syawal di sini...hmmm adakah jiran saya selepas ini murah hati macam Aiyu jugak ?

Kalau masa bulan puasa, we all berbuka kat meja kecik aje, tapi since banyak makanan yang nak dihidangkan, we all makan di main table. Masa berbuka dulu, Ryan the Lion sibuk jugak nam curi-curi makanan, nie pun sama jugak. Tapi kali nie hebat sikit, panjat kerusi dulu.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Nona..kerana menyediakan ketupat nasi, ketupat daun palas serta lemang segera untuk kami yang berada di perantauan ini. Mana nak mencari daun kelapa untuk buat ketupat nasi, daun palas untuk ketupat palas dan juga buluh untuk lemang..semuanya dimasak dengan hanya 1 jam sahaja.

I berjaya membuat rendang ayam, kuah kacang dan juga daging dendeng di pagi raya. Semua makanan ini diminta oleh Daddy Jack...I no hal, no harm in trying. So lepas nie, rasanya Ibu tak payah susah-susah nak buat juadah raya, I akan siapkan semuanya if kalau turn I beraya dengan Ayah dan Ibu.

Minuman wajib di pagi hari, walaupun pagi raya, milk chocolate and fresh milk. Kalau kat Malaysia, fresh milk tak pandang pun.

Bangga bila Daddy Jack cakap thumbs up to me cos berjaya membuatkan segala juadah di pagi raya...hai dengan linangan airmata tau, selalunya Bibik and Ibu yang pung pang, pung pang kat dapur, anak-anak dan menantu (hantu) keluar jalan-jalan, takpun melepak aje. Bila kena buat from scratch, terhegeh-hegeh telefon Ibu minta resepi.

Ehhhh...tak lengkap raya tanpa kuih, kan...but sendiri ker ? hmmmm, nie kuih tunjuk namanya...nanti kiter cerita yer.

2 comments:

  1. Hahahahah post ni lawak! Penuh sense of humour lol. Suka "Terima kasih tidak terhingga kepada Nona." Suka jugak "I no hal. No harm in trying."

    Andddd suka "Hai dengan linangan air mata."

    Hahaha. Thumbs up! Lepas ni boleh masak untuk kitaorang balik sini nanti k. :D

    ReplyDelete
  2. hye! Selamat hari raya aidilfitri.
    I just viewed your family photo dalam salam perantauan punya section in news paper;8 Sept,Harian Metro.
    cheers~

    ReplyDelete