Nuffnang Ad

Saturday 11 September 2010

Malam raya dan 2 penjaga

Aktiviti memasak semuanya dilakukan selepas the boys tido, tapi hanya berjaya menidurkan Ryan the Lion, Danish tak nak tido, nak mengaler apa yang dibeli di Adelaide Show, siangnya. Biasalah die, selagi tak dapat, selagi itulah die bising.

Masa nie, dalam pukul 830 malam on malam raya, ehhh, takut jugak Ryan terjaga sebabnya bising aje mulut si Danish nie.

As for Daddy Jack, ada jugak aktiviti dia di malam raya nie. Siangnya dok sibuk dengan player Adelaide United, malam, die sibuk nak framekan baju yang player tu. Gigih die menyiapkannya.

Nielah hasil kegigihan Daddy Jack di malam raya. Not bad after all. Tu jersey Danish, signed by his favourire player, Flores from Adelaide United.

Lepas Danish tido, Daddy Jack bertukar menjadi suami mithali. Nie antara gambarnya, menggosok baju, Sebelum nie ada lagi yang I ambik like tukar langsir semuanya tapi die delete, aikkk !!!! malu ker ?

Kejadian pukul 12 pagi yer...tetiba si kenit nie terbangun pulak..yer la, die kan tido nak berkepit aje so agaknya terasa katil tu mcm lapang aje, so terjaga. Terus keluar from bilik dok termummy, mummy. Haih..mcmana nak buat kerja mcm nie. Patah peha dibuatnya. Muka masam sebab marah Daddy Jack ambik gambar die baru bangun tido.

Pujuk punya pujuk, berjaya jugak melekakan die dengan DVD Thomas and Friends, Yang kelakar tu, siap boleh joget-joget apa bagai lagi di pagi-pagi buta yer.

Bila dah lama, mengantuk tu datang balik, so cranky balik. I tepuk-tepuk kejap, udahnya tertido balik. So sambung balik kerja-kerja memasak.

Hasil peperangan di dapur, dengan melayan karenah 2 budak kecik, semuanya selamat pada pukul 3 pagi. Alhamdulillah......

No comments:

Post a Comment