Nuffnang Ad

Friday, 10 September 2010

Untuk keluargaku

Bila bangun di pagi Aidilfitri yang mulia ini, hati terasa sayu dan sedih bila hanya dengar suara hujan yang turun. Tak dengar suara Ibu yang terjerit-jerit suruh bangun, kekecohan untuk menyiapkan diri dan bersiap-siap untuk ke masjid, keadaan yang kelam-kabut, serta yang paling sedih sekali, inilah pertama kalinya dalam hidup I bila tak dapat bersalaman dengan kedua Ayah dan Ibu.

Ayah,
Yong minta ampun dan maaf sekiranya selama ini, Yong ada terkasar bahasa, tersilap dalam melakukan perbuatan, halalkan segala makan dan minum dan Ayah telah memberikan kasih sayang yang tidak terhingga kepada Yong. Ayah jangan sedih tau di pagi raya nie, sebab Yong tahu, kalau Yong telefon Ayah, Ayah mesti menangis...Yong pun, kalau rasa rindu, malam-malam bila nak tidur, selalu teringat kat Ayah, and terus menangis...Nanti Yong balik yer...

Ibu,
Yong memohon ampun dan maaf sekiranya ada tersalah bahasa, halalkan segala makan dan minum, halalkan segalanya yang telah ibu berikan kepada Yong selama ini, kasih sayang, nasihat dan juga ilmu-ilmu yang Yong gunakan sebaik mungkin. Yong pun rindu Ibu sangat, bila masak, selalu teringat makanan Ibu yang sedap-sedap. Kalau kat Malaysia, bila dengar suara Ibu rasa bising, tapi kat sini, rindu nak dengar suara Ibu bising-bising. Yong bangga pun, Alhamdulillah, dapat jugak menguruskan keluarga, walaupun tak sebaik Ibu tapi Yong masih belajar. Nampak gayanya, rendang dan kuah kacang hasil resepi Ibu tu nampak gayanya menjadi.

Kak Nyah, Abby, Didi, Kak Cik, Hannan dan adik-adik iparku, Izhar dan Ikram
Yong minta maaf sekiranya selama ini ada terkasar bahasa, tersilap di dalam melakukan perbuatan dan juga halalkan segala makan dan minum. Lama tak borak-borak, sambil makan-makan bersama. Masing-masing dah sibuk sekarang, yer. Nanti bila Yong balik, kita lepak sama-sama, makan puas-puas (Ayahlah sponsornya) dan jugak rasanya dah lama kita sekeluarga tak pergi bercuti, kan. So, plan la best sikit.

Ayah dan Mak, serta keluarga in laws
Salam Aidilfitri dari Gina. Minta ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap, halalkan segala makan dan minum. Tahun lepas, kita pertama kali beraya bersama, tapi kali nie Gina pulak yang pertama kali beraya sekeluarga sahaja di sini. Ingatkan raya kali ini, dapatlah berkumpul bersama dengan kepulangan Along sekeluarga, tapi tak jugak cukup korum yer bila Daddy Jack pulak yang kena ke luar negara. Apa-apapun, Insyaallah, kalau tak ada aral melintang, kita akan merayakannya bersama jugak.

Sanak saudara
Buat semua sanak saudara, sepupu semua, Yong minta ampun dan maaf sekiranya selama ini ada terkasar bahasa, tersalah di dalam melakukan sebarang perbuatan dan juga halalkan segala makan dan minum. Sedih bila kali nie, raya kita tak dapat meraikan bersama, tapi tak mengapa, harapannya, tahun depan kita dapat meraikannya bersama.

No comments:

Post a Comment