Nuffnang Ad

Friday 26 August 2011

Asyik pergi rumah orang aje, so kali nie tukar pulak

Ahad lepas, we all decided untuk membuat majlis berbuka puasa untuk rakan-rakan terdekat, nak ajak ramai-ramai macam I cakap memang mustahil sebab ruang yang terhad, lagipun nak buat terawih rasa tak selesa pulak. I start masak pun dah tengahri, dok pung-pang kat dapur sorang-sorang while Daddy Jack dok mengemas rumah and layan the kids. I buat 2 section, satu makanan masa berbuka, dan satu lagi section lepas sembahyang maghrib. So, the first section tu I managed to buat kuih lopes, nasi goreng and sizzling mee. Then may tetamu bawa lots, and lots of kuih..ada kuih gulung, pau goreng kacang and kuih keria.

Tetamu dah mula datang while Im still doing my last minute touch up. Terus macam agak kelam kabut sikit. But, my tetamu pun faham kan, so they all dok layan bersembang sesama sendiri while Im busy menyiapkan mana-mana yang patut.

Anak-anak pun seronok berjumpa sesama mereka, maklumlah masa winter nie semuanya duduk dalam rumah aje, tak keluar pergi park atau rumah kawan-kawan. So, bila dah berkumpul macam nie, memang lah seronok.

For the main dish pulak, I decided masak nasi aje. Walaupun Daddy Jack tak makan nasi, takkan lah I nak masak mee pulak untuk my tetamu, kan. Kang ada pulak yang balik rumah masing-masing kena makan benda lain pulak. Lagipun I ada sediakan mee juga untuk Daddy Jack makan waktu berbuka puasa.

Ayam Masak Merah

Ikan Bakar from Surah. Seronoknya dapat makan ikan, nanti after bulan puasa nak makan ikan balik. Dah lama betul tak makan ikan nie.

My first time buat Pajeri Bombay, Alhamdulillah menjadi. Sedap pulak tu, bila makan dengan nasi beriani.

Daging tak ada nak buat kurma so buat kurma telur ajelah

My nasi beriani, first time buat guna rempah Faiza yang dibawa dari Malaysia, sedap juga rempahnya.

Danish request nak makan nasi impit kuah kacang. Nasi impit tu memang dah buat lebih on Sabtu so cuma kena buat kuah kacang ajelah.

See, ruang yang sempit tu, hanya sempat buat solat Maghrib berjemaah aje. Itupun yang wanita kena sembahyang individu dalam bilik.

Kaum bapa duduk makan atas lantai aje, minta maaflah yer. Kerusi semua dah kena lenjan dengan anak-anak yang sibuk bermain dengan gembiranya. I wish I have a bigger house so that boleh occupied semua yang datang.

Anak-anak seronok main dressed up apa bagai, mujur lah rumah sebelah tu kosong, kalau tak boleh tension die dengar hiruk pikuk dari rumah I.

I buat majlis berbuka puasa nie sempena nak meraikan kawan I yang nak balik dah, Kak Imah yang bertudung merah. Kak Imah dah selamat menghabiskan pengajian die selama 3 tahun dan akan kembali on 3rd September nanti. All the best, kak. Dah alang-alang buat makan-makan, ajaklah my usual gang, Kak Azie, Surah dan juga Izzah.

Geng bapa yang akan kehilangan lagi seorang geng mereka, Abang Nazri, suami kepada Kak Ima yang duduk sebelah Daddy Jack tu. All the best di Malaysia.

2 comments:

  1. dah lama x mkn kurma telur..

    ReplyDelete
  2. takpe Gina, diaorg faham kot. yang penting kemesraan tu..boleh hilangkan rindu kat family

    ReplyDelete