Nuffnang Ad

Wednesday 10 August 2011

Berpuasa untuk hari kedua

Hari Ahad pun Danish gagahkan diri berpuasa juga walaupun disakat oleh Ryan yang tak semena-mena nak makan macam-macam, selalunya tak berapa nak makan, just makan coklat and lollies sahaja. Nie semua benda nak dibedalnya, roti nutella, muffin malahan cornflakes. Dahlah semua tu makanan kegemaran Danish. Tahan ajelah Danish tu.

Menu yang so simple untuk hari Ahad, kena simple..tak larat nak masuk dapur sebab sejuk sangat. Nak masak pun tak tentu arah dibuatnya. So, just buat bihun sup, roti sardin and also oven baked fish fillet sahaja.

Lagi beberapa minit nak berbuka, mulalah melepek aje nampak gayanya. Beberapa kali cakap, tak tahan..tak tahan. Kesian pulak, tapi sebab dah tak lama, so pujuklah die dengan macam-macam benda.

Mana nak tahannya, kan kalau si kerinting nie duduk depan sambil makan itu ini, memang la tak tahan dibuatnya. Dah dilarang jangan makan depan Danish, tapi die sengaja aje kan makan lebih-lebih.

Its my turn nak rehat sekejap, Daddy jack ambik part mengemas. yer, die suka sangat mengemas rumah, Bila weekend, aje ayat kegemaran die "Ohh, hari nie tak boleh keluar, nak mengemas"

Bila tiba waktu berbuka, dengan bacaan doa buka puasa, muka Danish pun dah ceria.

Habis berdoa, capai air dulu, habis walaupun hanya air masak sahaja. Macam dah berapa lama tak jumpa air aje rupanya. Hehehehe, sabar yer Danish, nielah dugaan namanya.

Danish insist nak berpuasa di sekolah, but I still tak bagi, even Ayah pun tak bagi Danish berpuasa di sekolah dulu. Buat perlahan-lahan di rumah aje dulu. Then, tahun depan boleh berpuasa penuh pulak.

Budak banyak akal nie, habis satu-satu makanan dibelasahnya. Hmm, selera makan die pun dah bertambah, mungkin penangan vitamin Appleton yang kami bawa dari Malaysia sudah memberikan kesan. Nanti kalau ada rezeki balik Malaysia balik, nak belikan banyak-banyak buat stok kat sini lah.

3 comments:

  1. dugaan terbesar danish is definitely budak comel kerinting itu..
    heheheheeheh

    sama la dengan danish i kat rmh tu.. adiknya gak la dugaan hebat dia..

    hehe

    ReplyDelete
  2. tersenyum sya s0rang tng0k muka nakal ryan mkn fillet.. hihi.. c0mel ja.. kira 0k lah tu danish leyh tahan.. c0mel lah anak2 akak. .geram ja.. hihi.. btw.. selamat berp0se kak.. sm0ga ramadhan ini membwa barakhah kepada akak sekeluarga. :)

    ReplyDelete
  3. si kerinting nie sajer jer nk menduga abg kn ..erm good boy la abg sbb dpt puasa penuh 1 ary kn

    ReplyDelete