Nuffnang Ad

Sunday 7 August 2011

Bukan satu, tapi dua terus

Daddy Jack dah bernekad, mulai sekarang we have to beli sikit-sikit barang-barang yang nak bawak balik Malaysia untuk rumah kami di Shah Alam. Ye la, we all kan tak duduk sendiri, tapi rumah tu dah adalah di Setia Alam, tapi sekarang nie ada orang sewakan. So, harapannya bila balik Malaysia nanti, naklah duduk rumah sendirikan. Memang kami tak ada satu habuk pun peralatan rumah, kalau adapun macam small electrical appliances pemberian hadiah kahwin 6 tahun dulu, itupun entah boleh pakai lagi ker tak. I dah rasa susahnya kalau masuk rumah mmg tak ada benda sebab dah rasa masa di Adelaide bila masuk rumah sewa. Semua barang nak kena beli, ohh tak larat kalau nak beli semua sekali gus so kenalah beli sikit demi sikit. Antara barang pertama yang kami purchased untuk dibawa pulang ke Malaysia is the convection oven by Electrolux. Hmm, Daddy Jack kalau boleh nak barang-barang electrical for dapur semuanya menggunakan hanya satu jenama sahaja, taknak oven LG, fridge Samsung, then macam-macam lagi. So, bila oven dah guna Electrolux, semuanya kena gunakan Electrolux jugak. Hmmm, rupanya rumah Ayah pun pakai washing machine and fridge Electrolux jugak.

2 comments:

  1. oo bagus jugak ye kalau beli satu jenama aje ni..rumah kak aya main rojak-rojak jenama je ..

    ReplyDelete
  2. Husband saya la kak, pening kepala katanya

    ReplyDelete