Nuffnang Ad

Thursday 18 August 2011

Iftar rumah kakak

Isnin pula kami sekeluarga mendapat jemputan dari Kak Shidah untuk berbuka serta bersolat terawih di rumahnya. Mulanya Daddy Jack macam nak postponed ke hari lain aje sebab minggu nie Daddy Jack memang sibuk dengan his meeting apa semua, tai tak sampai hati pulak nak menolak undangan Kak Shidah sebab Kak Shidah nie banyak menolong kami dari masa kami mula sampai, hinggalah sekarang. Apa-apa aje, samada study atau apa-apa hal pun refer pada Kak Shidah. Dah macam kakak kepada kami pun. Biasanya, bila ada jemputan untuk iftar, I akan bawa makanan berat sikit sebab Daddy Jack kan mana makan nasi untuk berbuka so I bawa mee bandung. Macam-macam makanan ada disediakan dan juga yang dibawa oleh tetamu. Makanan sessi pertama waktu berbuka ada nasi bubur, kuih pau goreng from Kak Azie, donut dari Kak Ina dan juga mee bandung dari kami sekeluarga. Lepas maghrib pulak, Kak Shidah hidangkan Nasi Ayam as a main course. Sengkak lagilah perut makan banyak-banyak nie.

Kak Shidah akan mengundang 2-3 keluarga untuk berbuka di rumahnya, kalau nak ajak semua dalam satu masa, memang tak muatlah kawasan rumah. Semoga murah rezeki Kak Shidah sekeluarga dengan membuat majlis iftar dan juga solat terawih di rumahnya. Amin.

Tak putus-putus Kak Shidah and Haji Arif melayan para tetamu. Macam lipas kudung bila tengoknya. Sekejap basuh pinggan, lepas tu lap, then menambah lauk pauk. I memang salute betullah dengan Kak Shidah nie, dahlah belajar, lepas tu boleh balik uni dalam pukul 4 mcm tu, then masak untuk tetamu. I yang tak belajar nie pun mcm nak putus urat nak sediakan makanan berbuka dengan tempikan bak halilintar lagi.

Semua tetamu gembira, tersandar kekenyangan dengan makanan yang banyak tu. Terima kasih buat Kak Shidah sekeluarga, makanan semua sedap-sedap belaka. Layanan pun first class.

1 comment:

  1. seronok ye buka sama2..ramai2 pulak tu. juadah pun macam2..

    ReplyDelete