Nuffnang Ad

Monday 22 August 2011

Kawan serumpun

Khamis lepas, kami sekeluarga mendapat undangan dari kawan Daddy Jack from Uni, Santhy untuk berbuka puasa di rumahnya. Santhy nie dari Indonesia dan pernahlah datang ke rumah I masa tahun lepas. Dulu, die menyewa bilik aje dengan anaknya kat tepi Uni tapi since suaminya dah datang, so kenalah pindah duduk rumah sewa pulak. Inilah kali pertama kami berjumpa dengan suami Santhy dan juga ke rumahnya walaupun die dah 8 bulan duduk di sini.

Kak Shidah antara yang rapat dengan Santhy nie. Bila Santhy nak mengadu apa-apa masa dia dudu sorang dulu, Kak Shidah la tempat die mengadu nasibnya. Anaknya Farah, dah tukar sekolah, dah tak sama sekolah dengan Danish lagi dah.

Antara makanan yang disediakan, ada yang dibawa oleh tetamu, tak sempat nak amnbik gambar masa sampai, sebab dok sibuk berborak dengan Kak Shidah dan juga Santhy.

Sushi made by Kak Shidah. Teringat kalau makan kat Sushi King dulu, tapi beli bawa balik la sebab Daddy Jack tak makan Japanese food, kalau boleh pun dulu cuma makan Yoshinoya aje tapi itupun dah tutup dah sekarang nie..huhuhuhu sedih aje.

Kuih pulut berintikan abon. Abon nie mcm beef floss, atau namanya Melayunya serunding daging la. Kuih nie kawan Santhy, Ika yang buat. I tak sempat nak merasa.

Tuan rumah yang buat, first ingatkan Tau Foo Fa, rupanya agar-agar biasa aje, cuma kuah tu rasa koko aje.

Popiah goreng

Ni I paling suka, Pandan Sponge Cake, resepi Santhy. Katanya senang aje nak membuatnya, so nanti bolehlah share resepi sikit yer, Santhy.

I bawa nie aje, Pasta with meatballs, tak sempat nak ambik gambar so tau-tau dah habis licin aje. Alhamdulillah, tak sia-sia berhempas pulas membuatnya.

Lepas makan ringan, ada berjemaah maghrib sama-sama. Alhamdulillah, berkat Ramadhan.

Hidangan utama yang I tunggu-tunggu adalah Soto Indo style. Kak Shidah cakap sedap, dan berbeza dengan soto Malaysia. Memang banyak bezanya, but sedap sangat.

Menyelerakan sotonya, I yang selama nie kalau makan soto, tak pernahnya suka letak kacang pun tersuka jugak. Memang banyaknya sungguh perbezaan dalam menyediakan sotonya, tapi memang sedap. Terima kasih kepada Santhy sekeluarga kerana mengundang kami sekeluarga untuk iftar bersama, tapi kami tak sempat nak berterawih bersama-sama kerana kena berkejar ke majlis berbuka puasa di rumah lain pulak..cuba bayangkan dapat due jemputan berbuka puasa sampai 2 sekali ? Hmm, memang sengkak la perut dibuatnya..so kami kena pergi rumah yang kedua pulak...in next entry.

1 comment: