Nuffnang Ad

Tuesday 6 December 2011

Melbourne Story- The Great Ocean Road

Perjalanan balik ke Adelaide, diteruskan untuk melawat tempat yang Daddy Jack nak lawat sangat-sangat. Kami bangun seawal pukul 5 pagi dan keluar dari rumah yang kami tumpang dalam pukul 530 pagi. The boys mmg tak mandi so angkut dalam keadaan mamai-mamai tu. Dalam perjalanan, singgah McD untuk breakfast sekejap.

Perjalanan yang penuh dengan belok, kelok serta pening kepala. Mujurlah anak-anak tak muntah atau buat perangai, masing-masing tidur sepanjang perjalanan. Bila dah nampak pintu gerbang nie, tandanya dah sampai tempat yang ditujui.

Muka the boys yang baru bangun and tak mandi lagi...

Tak menyangkalah nak ke sini, angin punyalah bertiup kencang. Rasa macam nak melayang-layang dibuatnya. Nak ambik gambar pun kena berhati-hati takut pulak ada yang jatuh.

Dahlah rambut semuanya panjang-panjang habis kena tiup dek angin sampai masing-masing naik rimas.

Mulanya tak mahu menyusahkan pada sesiapa untuk ambilkan gambar kami sekeluarga, bawalah tripod..tapi bila tengok angin yang kuat semacam aje, terus tak berani guna tripod, takut terbalik pulak kamera nanti so terpaksalah juga suruh orang lain tolong snapkan gambar kami sekeluarga. Mujurlah depa willing to help us.

The boys memang berani nak ambik gambar sambil berdiri atas kerusi, kita pulak yang seriau dibuatnya.

Gambar kami sekeluarga lagi

Danish sekarang nie begitu berminat dengan gardening lepas ada kelas di sekolahnya. Pokok yang pertama kali di tanam di sekolah is sunflower. Belum tengok lagi hasilnya.

Bergambar kenangan di pintu masuk di bawah terowong menuju ke Twelve Apostles. Satu pengalaman yang menakjubkan berada disini walaupun ada orang rasa pelik bila kami nak ke sini sebab hanya melihat batu-batu sahaja. Apa itu Twelve Apostles? Akan diterangkan pada entry yang berikutnya.

Sempat juga berpicnic sebentar di Port Campbell, tapi tak keluar pun sebab the boys malas. Makan dalam kereta ajelah sambil menikmati pemandangan yang cantik ini.

1 comment: