Nuffnang Ad

Wednesday 7 December 2011

Melbourne Story-The Long Journey

Mujur kami keluar awal pagi, sebabnya boleh tahan juga jammed di dalam City. Kereta yang nak masuk ke City pun banyak juga.

Pagi di tepian pantai, terasa nyaman dan tenang seketika sambil menghirup udara yang segar. Pemandangan yang indah serta suasana yang mendamaikan mata yang memandangnya.

Terasa indah dan tenang bila melihat gambar ini

Bergambar kenangan

Perjalanan kami selama lebih kurang 3 jam menyusuri jalan pantai

Bukit bukau yang begitu memukau mata yang memandangnya

Bila dah nampak pintu gerbang nie, tandanya kami dah tak jauh dari tempat yang ditujui.

Sungguh kagum dengan rumah-rumah besar di lereng bukit, ada tu mmg cantik designnya, just mcm yang pernah kita tengok di dalam TV.

Cantik, kan?


Kami berhenti di setiap look out point yang berada di sini untuk bergambar kenangan.




Dalam perjalanan itu, terjumpa pulak dengan koala yang keluar dari hutan sambil merangkak di jalan.

Ada pekan-pekan kecil di sini, so kami singgah sebentar untuk refereshment dan juga mengisi minyak kereta.



Dah habis menyusuri jalan pantai, ken juga masuk ke dalam sikit, menyusuri jalan yang berbukit sambil melihat ladang ternakan yang besar.


Dah sampai pun kami ke destinasi yang ditujui...The Twelve Apostles

Twelve Apostles ialah satu koleksi batu kapur yang tersusun dari pesisir Port Campbell National Park, oleh Great Ocean Road di Victoria, Australia. Posisi batu-batu itu yang terletak berdekatan antara satu sama lain menjadi tarikan pelawat untuk ke sini.

Twelve Apostles ialah satu koleksi lapan timbunan batuan batu kapur miocene yang menganjur dari air dalam Port Campbell National Park, antara Princetown and Peterborough di Great Ocean Road.

Aktiviti pelancongan termasuk lawatan dengan helikopter bermula dari Tourist Information Centre. Pelawat perlu meyusuri jalan yang disediakan di sepanjang viewing area. Parks Victoria yelah mengklasifikasikan tempat ini sebagai salah satu tempat yang perlu dikunjungi, dimana hampir 2 juta pelawat setahun.


Apostle ini terbentuk akibat daripada hakisan, akibat cuaca yang buruk dari Southern Ocean yang sikit-sikit menghakis batu kapur yang lembut untuk membentuk cerun tajam yang kemudiannya menjadi pintu gerbang, yang kemudiannya jatuh dan akhirnya meninggalkan batu yang tersusun.

Dalam 2002, Association Port Campbell Professional Fishermen tidak berjaya untuk menghalang penciptaan sebuah taman negara laut dicadangkan di lokasi Twelve Apostles kerana boleh merosakkan hidupan laut.

Sempat juga ternampak hidupan liar di sini, Encida kata Danish. Tu bukan kaki kami, tapi kaki another tourist. Sungguh kurang sopan, kan.

2 comments: