Nuffnang Ad

Friday 4 July 2014

Pre raya shopping

We all ni hampir-hampir terlupa yang tahun ini dah raya di Malaysia. Tak terpikir pun nak uruskan hak-hal baju melayu ni semua. Itupun mujur Ayah dan Ibu ingatkan, kalau tak pakai ajelah jubah yang Ibu beli kat Mekah pergi sembahyang raya.

Mujurlah abang tailor kat BAK ni nak lagi ambil tempahan cos Ayah adalah regular customer. So the boys and Daddy Jack yang ambil ukuran dulu while I carilah baju yang dah siap aje. nak pakai pun hanya di pagi raya, and then baju-baju masa beraya kat Adelaide dulu masih ada lagi. Gunakan balik ajelah.

Hari pertama puasa dah berjalan ke KLCC, mencari baju raya anak-anak. Anak-anak tinggal ajelah kat rumah, tak mahu bersesak-sesak dengan orang ramai.

Fred Perry ada buat VIP offers untuk members so jenguk-jenguk la kejap baju untuk kami sekeluarga disini.

KLCC pun dah membuat persiapan awal serba sedikit deco hari rayanya. Dulu bila time pertengahan bulan puasa selalu la pi pusing shopping malls eg Mid Valley, One Utama, The Gardens, Pavillion, Sungei Wang, Lot 10 semata-mata nak tengok their raya decorations. Tapi rasanya tahun ni tak mampu la nak buat kerja-kerja 4 tahun yang lepas, dah tak larat dah nak ke hulu hilir, esp time-time nak raya ni, Rimas lah dengan orang ramai dan juga kesesakan. Patutlah ada orang yang membuat persiapan raya mereka awalk-awal lagi.

Got some shirt here for the boys and also kedai lain. Lepas tu balik rumah cepat-cepat cos nak menyediakan juadah berbuka puasa pulak. Shopping akan diteruskan lagi di lain waktu.
 

2 comments: