Nuffnang Ad

Monday, 29 September 2014

Kegilaan baru

Entah kenapa sekarang ni I gila pulak mengumpul pinggan-pinggan enamel ni, dalam erti kata lain pinggan ayan ni. Nampak klasik pulak rasanya. Haishhh, dulu kat Adelaide sibuk mengumpul segala mak nenek Corelle, ni balik Malaysia sibuk nak mengumpul pinggan antik pulak. Jenuh mencari kat KL ni memang tak ada sampaikan kena kirim pada kawan yang balik ke Sarawak time raya lepas.

Terberkenan dengan food photography pulak sekarang ni, mmg sangat minat especially bila tengok baking punya food photography.

Now, masih di peringkat belajar, bermain dengan lighting dan juga photo composition. Dulu mengajar Photography, lepas tu lama tinggal terus tak ingat. Lagipun dah jarang pegang DSLR, asyik snap guna Iphong aje.

Kemas-kemas barang lama jumpalah pulak one of the hadiah perkahwinan tahun 2004. Masa tu dah dapat sekotak Corelle Plum rupanya tapi masa tu mana nak pandang Corelle Corning ni semua, duduk ngan Ayah dan Ibu kan. Now bila jumpa, rasa macam la, dah lama ada koleksi rupanya.
 

Saturday, 27 September 2014

Kak Jah buat kenduri

Beberapa hari lepas Syawal tamat, barulah Kak Jah sempat nak buat open house dan ajak kawan-kawan datang makan dirumah. Tahun ni open house lambat sikit cos Ibu dan Ayah pun sibuk pergi outstation. Ni punour open house hari biasa, hari Rabu sebabnya weekend program Ayah memang penuh.First time we all buat open house malam, so nak mencuba khemah transparent yang sangat cantik ni.


 Laksa Pahang adalah hidangan yang wajib disediakan

Antara menu malam itu, nasi tomato, ayam masak merah, nasi impit, soto, satay lemang dan rendan dan bermacam-macam jenis hidangan lagilah. Semuanya sedap-sedap dan tetamu pun ramai yang datang malam itu walaupun hari biasa. Alhamdulillah, makanan pun banyak habis licin.

Satu lagi hidangan yang ajib ada bila majlis di rumah Ibu adalah kambing golek. Kali ni ramai yang puji sedap. Adik I yang tempah, katanya all the way from Seremban. I pun tak sempat nak merasa cos busy melayan tetamu, tapi lepas majlis rupanya ada disimpankan sikit untuk tuan rumah. Memang sedap,dan lembut dagingnya.

Friday, 26 September 2014

Merdeka show

Ketika sambutan merdeka baru-baru ini I diminta untuk menyediakan satu drawing untuk dihadiahkan. Puaslah memikirkan konsep dan idea selama seminggu so dah beberapa malam lewat tidur cos menyiapkan drawing untuk pertama kalinya ini.

Pagi sebelum penyerahan tu dah dijamukan dulu dengan beberapa menu breakfast cos ada sambutan hari kemerdekaan, so banyak makanan dibawa oleh beberapa pihak untuk hidangan tetamu.

Sementara menunggu drawing siap, datanglah pulak yang menghantar nasi kerabu dengan teh o ais limau. Alhamdulillah, rezeki. 

Rezeki lagi bila dah settle drawing dan diberikan kepada pihak yang berkenaan. Terima kasih, if ada job lagi nanti jangan lupa offer I lagi, heheheheh.
 

Thursday, 25 September 2014

Kisah Siti Nurhaliza

Bebaru ni masa sambutan Hari Raya di sekolah Danish, salah seorang tetamu jemputan VIP adalah Dato' Siti Nurhaliza. First time bertentang mata dengannya, sangatlah cantiknya. Dengan gaya jalan serta senyuman manisnya, memang membuatkan ramai yang terpaku melihatnya.

Siti juga membuat persembahan, menyanyikan beberapa lagu sempena kemerdekaan dan juga hari raya. Punyalah excited sampaikan Danish ni naiklah atas pentas semasa Siti mendendangkan lagu. I tak perasan sampaikan ada kawan yang bagitahu Danish ada atas pentas tapi I cakap, manalah anak bujang I tu nak naik, pemalu orangnya. Rupanya betul dia naik, siap salam and peluk Siti lagi sampaikan baunya melekat kat baju melayu yang Danish pakai hari tu. Balik rumah, siap pesan tak mahu basuh baju tu, nak simpan jadikan kenangan. Star struck sungguh la anak bujang I sorang tu.

Wednesday, 24 September 2014

Ikea yukk !!

Cuti sekolah haruslah menjengah ke IKEA kejap, cuci-cuci mata melihat apa yang patut.

Pergi hari Isnin, sehari sebelum cuti Hari Malaysia tu tahu dah suasana kat dalam tu macamana, dengan orang yang berpusu-pusu kat eskelator menuju ke showroom.

Ini suasana di kaunter pembayaran, setiap kaunter barisan memang panjang berjela, so terus tak jadi nak membeli, pilih ajelah mana yang berkenan, lain kali datang semula.

Lunch di Little Penang Cafe, ramai juga orang espcially yang bekerja so mujurlah dapat tempat. service pun cepat juga. Tak sampai 10 minit dapat dah makanan.

So balik ukur and pilih barangan pilihan hati thru katalog ajelah, lepas tu nanti datang just terus pi tempat pick up barang untuk ambil barang tu aje. Malas dah nak pusing satu showroom sambil pilih-pilih barang sebabnya pening tengok orang yang ramai-ramai kat atas tu.
 

Tuesday, 23 September 2014

Bukan Kak Jah aje, menantu pun travel jugak

Seminggu cuti sekolah, Ibu dan Ayah kena pi outstation lagi, so tak bolehlah nak berjimba-jimba dengan Kak Jah masa cuti sekolah lepas. Flight pagi dalam pukul 9 so pukul 6 pagi we all dah keluar rumah dah. Terus ada orang tunggu untuk check in terus.


Ramainya orang di airport yang nak pergi jalan-jalan cuti sekolah ni, semua pengumuman ke oversea saja, tak terdengar pun destinasi dalam negeri. Tak apalah, rezeki masing-masing kan. Kami pun dah 3 tahun duduk di negara orang so dah banyak pergi merata-rata tempat berjalan sana sini. Selamat berjalan, Ibu dan Ayah.

Mendung aje KL hari tu, so sejuklah sikit lepas beberapa hari kepanasan. Rupanya flight Ibu delayed disebabkan cuaca buruk so terlepas connecting flight ke destinasi yang ditujui.

Lepas Ibu dan Ayah ke destinasi mereka, we all pun bergegas mencari money changer cos Daddy Jack pun nak kena pergi outstation juga selama seminggu. Cuti sekolah kali ini memang I ajelah yang akan handle the boys. Mulanya Daddy Jack ajak ikut sekali tapi disebabkan Ibu dan Ayah pun tiada so baik I ajelah yang jagakan the boys juga.

Mendung-mendung dan cuaca sejuk ni best dapat pekena Maggi Kari versi Mamak dan juga teh tarik kaw. We all keluar berdua aje cos the boys ngantuk nak tido kat rumah sebab kena bangun awal pagi nak menghantar Ayah dan Ibu.

Petang sikit, Daddy Jack ajak pi rumah inlaws cos nak jumpa dengan mereka sebelum dia bertolak keesokan harinya. Sempat singgah membeli kuih muih minum petang.

Credit to Mr Google

Patut start buat mcm ginilah, duit-duit tu disimpan dalam tabung yang disediakan untuk keperluan bercuti atau apa jua pembelian. Good idea jugak ni, so nanti bolehlah start bersama anak-anak.
 

 

Monday, 22 September 2014

Ice Tea Bucket Challenge

Sebelum Ibu dan Ayah ke oversea, sempatlah juga membeli persiapan yang tak dibeli lagi untuk ke sana. Since cuti sekolah pun baru bermula, so we all pun sama-sama ikutlah ke mana lagi, KLCC la.

Levis ada buat showcase pula disini, untuk anak-anak autism. Semua jeans dan apparel yang dijual akan didermakan kepada badan-badan berkaitan dengan autism kanak-kanak.

If beli barangan RM250 ke atas, bolehlah customize kan jeans masing-masing dengan engraving ataupun membuat patch tertera nama masing-masing di jeans itu.

Our dinner di Melur & Thyme. First time mencuba makan disini, the food not so bad lah tapi mostlah dah habis sebab we all makan pun dalam pukul 9 mcm tu. So banyak yang Chef recommendation dah habis. So I just ordered Chicken Steak yang super duper sedap especially the salad tu. Kat sini jugaklah ada kejadian I dimandikan dengan Ice Lemon Tea oleh waiter secara tak sengaja. Lencun la sebelah kanan dengan air, dahlah pakai kemeja putih pulak tu, mujurlah lepas tu terus balik, kalau berjalan lagi satu KLCC, jenuh la mata memandang.

Sunday, 21 September 2014

Ahad saya

Malam Sabtu adalah malam menonton bolasepak dirumah ni, tak kiralah pukul 630pm masing-masing dah berada di depan TV, berhenti kejap nanti untuk solat pastu sambung lah balik. Manalah I ada masa nak tengok Cerekarama itu semua.

Depa bertiga beranak aje dan conquer depan TV tu ramai-ramai, so I layan internet ajelah.

Ahad pagi, dalam pukul 7 pagi dah kena berkejar ke Subang untuk soccer game pulak. Setiap Ahad tanpa ada halangan mesti akan kesini walaupun hari Selasa dan Khamis dah ke sini untuk training.

A simple breakfast aje, tunggu Danish habis game nanti baru makan yang lain pula. Kang sana sini makan, gemuk pulak.

As usual, pukul 8-830am adalah sesi memanaskan badan dulu, then briefing untuk tentukan kedudukan masing-masing.

 Kali ni berlawan dengan Osama FC, tak pasti dari kawasan mana. 

Menang besar hari ni, 5-3. Perlawanan yang sangat baik, cuaca pun taklah panas sangat, kalau tak memang perit dah berjemur di padang. Jarang main away game cos tak ramai kelab bola yang ada padang bola mereka sendiri, kebanyakannya kena share dengan pasukan yang lain.
 

Friday, 19 September 2014

Kak Jah berjalan lagi

Ryan rajin merajuk, tak kiralah dimana-mana pun boleh merajuk if ada yang tak kena. Ni kat rumah Ucik di Nilai pun tak tahu apa puncanya tahu-tahu dah merajuk atas kerusi.

 Sampaikan taknak sembahyang jemaah, nak solat sendiri

 
Berdoalah lama sikit Ryan, kurang-kurangkan lah merajuk tu ya anak oiii.
 
Semenjak dua menjak ni memang kerap la Ibu ikut Ayah yang ke luar negara kerana bertugas. Bulan lepas ke Belarus

 So check in dulu, settlekan mana yang patut dulu.

Perjalan kali ini banyak transitnya, memula ke Paris, then menuju ke Belarus, after that ke Budapest pulak then terus menuju ke Istanbul dan seterusnya kembali ke Malaysia. Ini perjalanan yang paling lama setakat ini, lebih kurang 3 minggu.


 
Sesekali yang menghantar memang ramai, masing-masing teruja nak menghantar Kak Jah dan Ayah ke obersee.


Perjalanan Ayah dan Ibu yang mengambil masa berjam-jam membuatkan kami semua tak senang duduk, tambah pula bila menghubungi pihak hotel di Belarus ada masalah dari segi bahasa so mujurlah dapat berhubung dengan wakil kerajaan Belarus melalui twitter.

Alhamdulillah, sampai dengan selamatnya. Troli pun satu aje...ohhh tipah tertipu la, rupanya ada satu troli lagi tapi ditolak oleh orang lain. Hmmm, ni pun dah seminggu Kak Jah dan Ayah pergi outstation lagi, esok baru balik lepas seminggu pergi. Nantikan kejutannya !