Nuffnang Ad

Monday, 31 October 2016

Musim bola tiba lagi

Salam bercuti kepada yang masih bercuti lagi.  I pun bercuti bersama anak-anak lagi so kita enjoylah 2 hari cuti extra ni kan. Tapi taklah pergi mana-mana pun cos sekolah aje yang cuti, tapi Daddy Jack masih kerja. Duduk rumah ajelah, the boys pun masih belum habis exam lagi.

Musim bola tiba lagi, penuh mamak semua dengan screen besar tayangkan game secara live. Kadang-kadang aje we all tengok diluar, kalau tak tengok di rumah ajelah, sambil bersorak macam nak runtuh rumah dibuatnya.

Season bola anak-anak pun November ni habis dah, so bolehlah berehat-rehat di waktu hujung minggu.

Lama tak pekena mee bandung Muar sedap di Melawati ni, asyik lupa memanjang. Nanti nak pergi cubalah bila teringat. Esok pun boleh lagi nih.

Semalam ada live game Piala Malaysia, Kedah vs Selangor. Penuh kedai mamak dengan penyokong kuat dua-dua team. Bingit dengan jeritan sana sini. Betullah orang kata, sukan ni dapat menyatukan semua masyarakat di Malaysia, tak kiralah sukan apa pun, asal ada live sure ramai berkumpul. Syabas, Malaysians !!!!

Tuesday, 25 October 2016

Sepetang di KLFA


Setiap Selasa dan Khamis macam ni la selalunya. Hujan ke, panas ke training tetap ada tanpa sebarang alasan. But if anak-anak nak exam memang we all tak bagi pergi training suruh study dulu kat rumah.


Kadang-kadang kalau sampai awal dapatlah tengok team bola lain buat training kat KLFA ni. Ni team Pahang buat training sebelum they all ada game kat Stadium Selayang.

Dah nak dekat senja, barulah memulakan aktiviti berjalan-jalan sekitar padang KLFA. then dah kasi rileks semua muscle barulah berlari-lari anak keliling padang.

Dah habis berlari, sambung pulak temankan Ryan main bola. Sekadar sepak-sepak biasalah la, kasi tegangkan urat balik.



Kadang-kadang ader la peneman di kala kebosanan, ada juga teman nak berborak tepi padang ni

Balik dari padang, siap dah makan untuk dinner, sekadar sekadar makan sup dengan nasi impit dan juga kuah kacang then terlebih rajin buat la lamb grill dan juga kuih lapis. Entah manalah datang sifat rajin sangat pun tak tahulah.

After post winning party

Petang Sabtu lepas, all the family of U11 buat birthday celebration for Ryan di Taman TAR. Kebetulan pulak sama birthday dia dengan best friend Aidan, cuma selang beberapa hari aje. Dah alang-alang tu beli terus 2 biji cake.

The boys yang lain berendam dalam swimming pool dari mula sampai, dah nak balik pun masih bermain dalam pool. Berhenti kejap makan, main bola kejap, then sambung balik.

Kita mak-mak dan ayah-ayah duduk tepi kolam sambil bersembang dan makan. Sesambil tu mata peratikan ajelah anak-anak yang tengah berseronok mandi swimming pool, takut ada pulak kejadian yang tidak diduga.

Dah maghrib, semua naik ke rumah. Masing-masing dah kelaparan dah so makan la lebihan makanan tadi. Memang banyak makanan yang dibawa sampai kena bawa balik lagi.

Hari Ahad, bersambung pula di padang bola. Kali ni Ryan aje yang ada training, Danish tidur di rumah letih seharian semalam. Lagipun Isnin dah nak mula exam akhir tahun so nak kasi rehat cukup-cukup.


 Dah lama tak breakfast di NZ, so minggu ni kita bersarapan ala mamak la. 

Daddy Jack dah buat onar, beli LEGO ni masa ada sale di Toys R Us, bukan satu tapi 2 kotak sekaligus. Dahlah bebudak ni tengah nak study untuk exam, dia pi panggil suruh bukak hadiah. 30 minit aje dah belek-belek kotak dah, nak suruh sambung belajar memang jenuh la.

Sunday, 23 October 2016

Ariani Hijab Run 2016

Saja-saja mencuba menyertai marathon ni. Pilih yang fun run, saja suka-suka. Belum nak masuk tahap professional lagi nih. So, my first marathon adalah Ariani Hijab Run 2016 yang berlangsung semalam. Last week pergi Jakel Mall ambik running kit.

My first running kit, banyak betul free goodies, antaranya free instant shawl from Ariani Hijab. 

Jumaat lepas baru sibuk nak buat persiapan, antaranya beli seluar running baru. Dah ama nak beli tapi asyik la terlupa aje.

Lepas Subuh dalam pukul 6 dah keluar rumah dah. Itupun hujan renyai-renyai, takut juga kalau-kalau tak jadi tapi Alhamdulillah, kejap aje hujannya.

Jalan dah start tutup so kenalah berpatah-patah mencari mana-mana jalan menuju ke tempat starting point. Mujurlah dapat parking dekat aje dengan tempat larian. Sampai semua dah ready nak berlari. Sempat la stretching lebih kurang 5 minit aje cumanya tak sempat breakfast pun, so tawakal ajelah.


Sepanjang larian, dapatlah menikmati keindahahan Kuala Lumpur ni, selalu naik kereta kan so taklah nampak sangat sebab busy bersembang. Pastu baru perasan yang Zouk Club dulu di sebelah Matic dah tak ada, ditukarkan menjadi Restoran Pelita pulak. Sayangnya diruntuhkan Zouk tu, if they boleh kekalkan bangunan tu, cantiklah sikit restoran Pelita tu. Dah, enough cerita pasal makan, jom teruskan berlari.

Alhamdulillah, settle my first 5km run. I menyertai fun run ni atas saranan kawan sekerja yang join bersama wifenya so adalah geng kan. Lepas ni nak cuba cari marathon untuk satu family pula. 


My first medal after so many years. Rasanya zaman sekolah dulu kut dapat piala sukan, lepas tu mana pernah dapat dah. Apapun bangga dengan diri sendiri sebab dapat menghabiskan larian sejauh 5km ni.


Selama ni practice kat padang bola and jogging sekitar rumah taklah sejauh ni, apa-apa pun memang best, tapi kalau ada geng lagi best.



I memang tak menyangka dapat juga menghabiskan larian sejauh ini. Memang orang akan cakap, ala rileks la 5km aje kut tapi bukan calang-calang orang yang ada semangat nak berlari. Semalam pun tengok beberapa individu yang plus size sama-sama bersemangat join larian. Well done, semua yang join Ariani Run semalam

Tapi lepas larian, tugas I tak habis disitu ya, disambung pula di padang bola di Bandar Utama cos Danish ada game at 10am. So I tak tunggu pun cabutan bertuah Ariani terus ke sini tengok game bola Danish.


Semua seronok hari ini, mak dapat medal anak pun menang dalam game kali ini dengan kemenangan 3-2. So balik berehat dulu then petang sikit kita buat small celebration among the players and also the parents.

Thursday, 20 October 2016

Kita pun bersukan juga

Sempena Hari Sukan Negara yang lepas, kita pun tak ketinggalan la bersukan juga walaupun tak join mana-mana larian atau apa-apa pun aktiviti sukan sana sini tapi kita pergi la sendiri ke gym untuk berlari bagi semangat juga untuk sama-sama bersukan.

Dah habis bersenam, Daddy Jack ajak pergi mencari koleksi LEGOnya somewhere in PJ area. Sanggup tu berjalan jauh untuk minatnya.

On the way balik, singgah Atria Damansara. Saja aje nak berjalan-jalan, last pergi sini masa nak beli stroller Ryan dulu tahun 2009 rasanya. Dulu tak ramai yang datang sini, tapi dah renovate cantik and macam-macam ada kat sini. Singgah kejap Village Grocer, saja aje cuci mata.

Selalu, supermarket high end macam ni banyak barang-barang import dari oversea so memang seronok la tengok. Masuk fruit and vege section tu rasa semua sayur nak beli tapi harga memang agak terjojol bijik mata. Teringat dulu masa duduk Australia, sayu segar-segar dan boleh dapat banyak dengan harga yang murah sampaikan kena share 2 keluarga.


Dah habis meronda ronda supermarket, makan di The Little Penang. Sedap rojak buahnya, ingat nak order CKT tapi macam dah kenyang pula makan rojak tu.

Tak menahan tengok fruit and vege di Village Grocer so terjebak beli and terus terfikir buat Roasted Chicken for dinner. So campur segala macam hers and spices yang ada kat pantry and terus masuk oven untuk 1 jam.

Sementara menunggu ayam dalam oven masak, the boys sempatlah main bola di depan rumah and I berjogging 4 pusingan padang seperti biasa, kasi peluh keluar sikit after dah makan macam-macam ni.

After maghrib semua dah settle for dinner, just buat garlic bread then makan with roasted chicken. Kenyang semua malam tu. The leftover, buat sandwich untuk esok, so menu sihat lagi.


Wednesday, 19 October 2016

Friendly match

Tak selalu hujung minggu ada tournament, ada masanya ada juga friendly match sesama mereka. So sesiapa yang bukan dari Elite team pun boleh join tournament ni.

Nampak tak budak baju kuning tu? Dia dari pasukan lawan, dari rumah kebajikan. Main bola dengan pakai seluar jeans and tanpa kasut tapi tendangan memang power. Rileks aje berkaki ayam berlari mengejar bola.

Dah habis friendly match, singgah makan di gerai makan di dalam kampung Ara Damansara. Tak menyangka ada tempat makanan kampung yang sedap di sebalik Bandar Utama ni, kena masuk kampung baru jumpa. Team mak-mak soccermom yang ngajak ke sini, we all mengikut aje.

Malam tu semua penat termasuklah I sekali so keluar ke Setapak Central makan Nando's ajelah senang dan mudah.

Sesekali makan Nando's teringat masa di Adelaide dulu, inilah antara halal fast food yang sering dimakan bila time duit elaun masuk. Tapi portion lagi besar dari Malaysia, seronok makan.

Tuesday, 18 October 2016

Simple birthday celebration

13 Oktober lepas, genaplah umur Ryan 8 tahun. Tahun ni belum ada plan nak buat birthday celebration besar-besaran, just buat small celebration disekolah ajelah. I tempah cake, then order Dominos and hantar ke kelas untuk dimakan waktu rehat bersama kawan-kawan dan cikgu kelas.

I tak tunggu pun, just hantar makanan aje. Segan la juga, mak pak bebudak lain yang buat birthday pun tak tunggu. So cikgu kelas ajelah yang update semua gambar-gambar ni.

Seronok masing-masing bila ada kawan-kawan yang sambut birthday, sebabnya dapat makanan yang best. Janji dengan Ryan nak belikan KFC tapi tak sempat nak keluar dari office so order pizza ajelah.



Balik rumah, Daddy Jack dah siap-siap tunjukkan hadiah untuk birthday boy tapi kenapa rasa hadiah ni lebih kepada Daddy yang punya ya.

Sabtu lepas, keluar  ke One Utama untuk mencari hadiah untuk Ryan lagi. Plannya nak ajak keluar sekali Ryan tapi dia tak nak so tinggal di rumah. Danish aje yang ikut.

Masuk Toys R Us mencari something for Ryan, tapi seperti biasalah kan, Daddy pun tumpang sekaki la tu. Alasan yang selalu diguna pakai.."Kesian bebudak, tak ada mainan nak main". Cheh, padahal anak tak beria tapi bapaknya yang semangat budak.

Singgah Madam Kwan for lunch. We all lagi prefer MK di One Utama compare to KLCC cos servicenya sangat slow. Sini dalam 10 minit dah boleh dapat our order. Lagipun tempatnya agak tersorok, so tak ramai yang perasan.

Nasi Bojari ajelah pilihan 2 beranak ni, I just share mana-mana yang tak habis ajelah cos malas nak order any main dish cos macam dah kenyang sikit sebelum datang tadi.

Sesiapa yang pergi makan di Madam Kwan, korang patut mencuba Banana Fritters ni, memang best and sedap sangat-sangat. Serai pun ada juga tapi tak sesedap di MK. 

Petang-petang beriadah main badminton dengan the boys. Sambil-sambil tu berjogging dulu kita satu padang depan rumah dulu.

Malam barulah kita buat small celebration for Ryan. Masak mee kari ajelah cos sesekali bosan juga makan nasi aje, kan.

Happy Belated Birthday, Ryan. Tahun ni kita buat kecil-kecilan aje yer, Insyallah tahun depan if ada rezeki kita buat party sekali lagi macam tahun lepas.

Sukalah sangat dia dapat hadiah Tobot tu compare to LEGO yang sampai 3 kotak tu. Tapi dia cakap dia tahu yang LEGO tu untuk Daddy sebenarnya, bukan untuk dia main. Dapat Tobot tu memang seronoklah dia main, even tidur pun siap bawa Tobot tidur sekali.