Nuffnang Ad

Tuesday, 29 November 2016

Birthday cucus

Hari weekend selalunya breakfast dulu dirumah, makan yang light atau lapik perut sahaja dulu.
 
Then kena bergegas pulak training the boys, sambil tu kita pun pusing la padang 3 pusingan pun dah pecah lemak dah.

Balik training, semuanya bersenang lenang, main game memandangkan sekolah pun dah mula cuti. Happy la semuanya.

Petang ada buat sikit small celebration untuk semua cucu-cucu Ayah dan Ibu. Last minute punya plan so buat di indoor playland di Sunway Putra Mall aje.

Mujur kosong private room so bolehlah order makanan semua sekali. Ajak a few family member, nampaklah meriahnya.

Ryan la nampak seronok cos dia memang berharap agar birthday party dia boleh buat lagi kat indoor playground mcm kat Jungle Gym dulu tapi memandangkan umur dah 8 tahun, macam tak sesuai aje pun. Nantilah tahu depan kita pikirkan mana tempat yang sesuai untuk birthday yang ke 9 ya.

Satu keluarga satu cake untuk birthday anak masing-masing dari January - October. Celebrate sekali gus, senang.

Semua terpinga-pinga bila diminta nyanyikan lagu birthday untuk masing-masing. Semua tak tahu nak buat sambutan birthday semua, just ingat datang nak main ajelah. Tak apalah, kita pun suka-suka saja buat. Ibu dan Ayah buat pun sebab ada antara cucu-cucunya yang tak sempat tiup cake masa birthday masing-masing ataupun Ayah dan Ibu ada urusan so tak dapat nak celebrate sama-sama.
 

Monday, 28 November 2016

Bila geng pantry beraksi

Sesekali bila geng pantry office beraksi memang terbaiklah ruang pantry office dibuatnya. Makanan memang bermacam-macam ada, sampai pebuh meja dibuatnya. Kalau tak lauk pauk, kuih muih dan juga buah-buahan pun jadi juga.

Mee Bandung, nasi goreng dan juga sambal mangga kalau pada yang rajin nak buatnya.

Normally, hari Jumaat biasanya ada sahaja geng yang bersedekah untuk semua orang, selalu yang menjadi kebiasaan adalah nasi lemak la jadi tumpuan.


Nasi lemak Rawang so far antara yang sedap we all rasa selama ni.

Even simple bihun goreng and cucur ikan bilis pun nampak menarik di meja pantry.

Tambah menatik bila ada pulak yang belanja pisang goreng cheese yang super duper sedap menggila nih.

Aduh, kecur juga air liur bila ada pulak yang membawa colek Mak Bee dengan mangga muda. Jenuh mencolek sampai sakit perut dibuatnya.

Ada satu hari tu, tema masakan Pantai Timur pulak. Lauk singgang digandingankan dengan ulam-ulaman serta budu, ikan pekasam dan juga sambal belacan. Memang hebat geng-geng pantri saya ni.

Sepanjang tahun ni, pantry memang tak pernahlah tak ada makanan, ada aje yang membawa makanan walaupun cake ataupun manisan.









Apa-apapun, memang geng pantry saya hebat orangnya. Ada yang bangun seawal pagi untuk memasak membawa bekal ke sekolah, left over food semalam ataupun yang beli di luar. tak kisahlah apa cara pun tapi memang meriahlah pantry dari pagi sampailah tengahri dengan makanan pelbagai jenis dan juga rasa. Betul kata orang, 

Gendang gendut tali kecapi
Kenyang perut, suka hati

Saturday, 26 November 2016

makan luar

Semalam kita teringin sekeluarga nak makan satay, pusing-pusing mencari satay so kita end up makan satay yang famous kat area Ampang ajelah, depan Menate Steak House.

Sedap sataynya, while anak-anak makan Laksa Johor dari kedai sebelah. Sedap juga.

Balik rumah, lepak-lepak sambil tengok TV, ada pulak Butterfingers buat persembahan di TV. Teruslah teringat kenangan kegilaan bersama Butterfingers dulu, gilakan Memmet tapi sekarang Emmet dah gendur sikit and suara pun mcm termengah-mengah aje dah.

Friday, 25 November 2016

Happy tummy

Dah lama tak pos gambar-gambar makanan, kan sesekali kita pos terus rasa nak makan aje. I pun bila cuti ajelah masak beria, kalau hari kerja masak pun ala kadar sahaja. Kalau rajin, masak breakfast, piknik kat padang depan rumah aje.

Once in a while, bersushi la kita

Bila dah ada masa terluang kenalah rajin memasak untuk keluarga. Mana nak amkan luar aje, parah la kan. Sesekali boleh ajelah makan luar kan tapi elok lagi sekiranya dapat masak so kebersihan lebih terjamin.

Taklah makan nasi aje, sesekali kita tukar menu sihat pula, ayam panggang yang paling senang sekali.

Kalau rajin, bawaklah bekal makanan ala sihat ke pejabat, konon nak berdiet tapi nanti udahnye lebur juga diet tu.

Nampak menyelerakan walaupun menu diet

Tapi nasi lemak memang selalu membuatkan diet le laut, tambah lagi bila office buat jamuan makan, makanan memang banyak sampai tak lalu nak makan.


Kalau hari special, kita pun masaklah special mcm nasi tomato ataupun nasi arab.

Untuk hari malas masak nasi, kita masak mihun sup atau mee kari ajelah. Kalau malas nak buat berkuah, just buat mee goreng saja, itupun dah cukup dah. Janji menu anak-anak dan mereka berselara aje bila makan pun dah cukup buatkan kita happy. Selamat berhujung minggu semua !!

Monday, 21 November 2016

Injured

As usual la kan, weekend adalah hari main bola. Kali ni Danish ada tournamament hari Ahad di New Camp, Bandar Utama. Last game minggu depan, so lepas ni tak boleh berehat sebelum ada friendly di Singapore in December nanti.

Berlaku kemalangan keci, injured sikit tapi okaylah lepas diberi ais and rehat kejap. Dah namanya main bola, adalah kecederaan ringan sikit, kan.

Lepas game, semua melepak di kedai mamak berdekatan, makan and chit chat kejap. Dah habis makan, sementara mak pak bersembang boleh pulak dema ni buat corridor kedai main bola. Haishhh, jenuh melarang tapi buat dek aje.

Saturday, 19 November 2016

Ikea

Silap besar la keluar jalan-jalan time jalan tutup nih, terlupa sebenarnya ada perhimpunan tapi nak buat macamana, redahlah jelah.

Dah sampai pun so mencari apa yang patut ajelah, jangan nak pergi tempat lain. Tapi boleh ke? macam tak aje, kan.

Haruslah kita makan kan. Beli ke tak beli barang IKEA, makan di cafe adalah perlu.

Singgah makan kenduri pula, Alhamdulillah kenyang untuk hari ini