Nuffnang Ad

Wednesday, 22 February 2017

Birthday celebration

Cerita dah basi dah ni..January lepas Alhamdulillah, bertambah sudah umur I. Sedar dah diri dah tua, anak yang sulung pun nak ambil UPSR tahun ni. Tahun ni sambut birthday time buka sekolah, so memang agak kelam kabut la, even tak terpikir pun nak celebrate mana-mana tapi Daddy Jack yang usahakan sendiri, beli cake and bunga, hantar di office walaupun dah nak balik dah time tu. Balik pun dah siap dah some preparation bersama-sama anak-anak juga.

Daddy Jack even berpakat dengan Kak Tutik untuk menyediakan pelbagai juadah untuk makan malam..mee kari kegemaran anak-anak, pastu beli kuih muih dan juga ayam panggang Ayamas. Meriah betul nak makan kami sekeluarga.

Hadiah yang paling comel and sweet sekali. Sanggup Daddy Jack mengorbankan his LEGO figurine sebab nak jadikan some token of appreciation


Bukan sahaja, kawan-kawan dan ahli keluarga yang hantar msg dan ucapan harijadi thru email, twitter, IG, FB dan juga Whatsapp, Kak Tutik siap hantar sms lagi ucap Selamat Hari Jadi...huhuhuu terharu dibuatnya.

Tuesday, 21 February 2017

Berjaya Times Square

Macam tak percaya bila bangun tidur tengok pemandangan Menara KL di waktu pagi, jalan pun masih tak jem lagi maklumlah cuti sekolah. So masih bercuti lagi semuanya termasuklah we all. Daddy Jack pergi meeting so we're on our own la mencari breakfast sendiri.

Turun breakfast lambat sikit cos tak nak bersesak-sesak dengan team bola dan juga orang ramai. Dalam pukul 9am tu just nice la turun cos dah tak ramai orang dah.

Dah alang-alang hotel dekat dengan Times Square, so we all berjalan kaki menuju ke sini. The boys sibuk nak mencuba main indoor playland ni. I pun tak pernah sampai ke sini sepanjang TS dibuka sebab lebih kurang macam Sungei Wang aje katanya.

Ramai juga pengunjung datang ke sini, tapi sedihnya mainan agak terhad untuk bebudak sebaya Danish. Nak main roller coaster tak berani nak bagi dia naik sorang-sorang so kenalah temankan Ryan main hos ride aje.

Macam bumper car ni hanya limit umur Ryan aje yang boleh main

We all bertiga naik la Merry Go Round ni, mau pitam dibuatnya dok pusing-pusing

Ni pun Ryan aje yang naik, we all duduk tengok dia aje

Tak lama pun we all kat indoor playland tu, semua cakap macam tak best macam Legoland cos semua boleh main. Memang la, kan. Nantilah bawa pergi tempat yang adventure sikit, dah tak sesuai agaknya dengan umur main indoor playland ni. So, first time juga mencuba Wendy's ni, ayam sangat crispy la.

Than, dah pukul 4, Daddy Jack tanya mana perginya tak balik-balik lagi...heheheheh, orang meeting dah balik bilik dah, yang menyukat jalan belum sampai lagi. Sebelum balik singgah beli Starbucks and something light nak makan sebelum dinner malam nanti.

Masing-masing dah malas nak turun makan so kita order room service ajelah. Makanan order 2 aje, kita share sama-sama ajelah. Portion pun nampak besar tu. So sambil makan boleh main UNO sekali.

Sunday, 19 February 2017

Johor Causeway Tournament - Balik KL



Dah 3 hari 2 malam we all berkampung di JB so tibalah masa nak balik KL balik. Banyakkk sangat benda yang nak dibuat especially nak sediakan kelangkapan barangan sekolah. So, as usuallah, breakfast dulu then check out then terus balik KL.

Johor Bahru memang tetap salah satu bandar yang paling best we all pernah pergi. Since dari zaman UTM lagi JB memang tak pernah menghampakan.

On the way balik KL, menyinggah pula ke Alor Gajah, saja aje masuk Melaka. Nak beli belacan dan juga cencaluk.

Nak beli kuih udang pun kena beratur juga sekarang ni? Rasanya semua yang viral memang dah menjadi tumpuan orang ramai, kan. Dulu masa belajar di UiTM, selalu juga bawak balik KL. Dulu pun kedainya buruk aje, now dah upgrade jadi food court dah.


Singgah gerai-gerai tepi jalan aje membeli belacan, keropok dan juga cencaluk yang nak disimpan dan juga diberikan kepada sedara-mara.


Balik from JB, we all kena singgah pula Hotel Furama di KL cos Daddy Jack kena attend meeting kat sini pulak. After bincang-bincang, sambung pula cuti-cuti we all disini.

Kebetulan pula, hotel tempat we all ni dijadikan salah satu tempat penginapan untuk pemain bola yang terlibat dengan Piala Supermokh antaranya team dari France, Korea, UK malahan dari Australia juga. Seronok la the boys dapat tengok.

Pemandangan menarik dari bilik, nampak KLCC dan juga KL Tower. Berjaya Times Square betul-betul di depan hotel ni, sempat lagi kalau nak menyukat kat sini pulak.

Bilik yang luas dan juga selesa, tak sangka hotel ni nampak macam tak begitu terkenal tapi kekemasan bilik memang tip top.

Malam di hotel, we all makan roti naik from JB dengan cicah nescafe dan juga milo. Masing-masing tak nak makan nasi ataupun makanan lain, cukup makan roti and snack sahaja sebab siangnya dah makan banyak dah.

Johor Causeway Tournament - Day 03

Keesokan harinya ada game pula somewhere di area Pasir Gudang pula. Kali ni lawan dengan local team pula. Perlawanan bermula awal, tapi malam tu entah mcmana I kena sakit perut yang teramat sangat so Danish pergi dulu, I pergi lambat sikit.

Alhamdulillah, 2-2 perlawanan memberikan kemenangan untuk team U11. Masing-masing happy aje semuanya.

Last season together, even dah bertukar coach pun tahun ni

Lepas habis game, semua pakat kelaparan. Ramai-ramai satu team pergi makan tengahari. Tak plan pun nak makan mana just ikut aje mana-mana parents yang biasa dengan area JB ni untuk bawa kitaorg pergi makan.

Petang sikit I pun nak mencuba satu kedai roti ni, yang katanya roti naik paling sedap di JB. Nak beli kena order dulu, tak boleh walk in aje cos nanti tak layan. Kedai Roti Tok Abah terletak di Bandar Baru Uda.


Ada yang frozen juga, kalau ada yang nak berikan kepada saudara mara atau sahabat handai. Fresh baked selalunya tahan seminggu sahaja.

Malam terakhir di JB, we all parents and player bersama Coach decided nak makan bersama-sama. Kita try bershell out pula. I tak pernah makan ala-ala shell out ni, hanya tengok di FB sahaja kegilaan orang ramai makan macam ni. So, kali ni dapatlah merasai pengalaman itu.

Sedap sangat, tapi ada parents yang agak kekok mcm cara begini, tapi I belasah ajelah especially bila tengok udang and ketam yang tergolek-golek depan mata tu. 

Most of the kids agak kekok makan macam ni so they all order menu yang lain. Danish and Ryan pun tak makan seafood sangat so they all nasi goreng an chicken chop aje. Tapi ada aje the kids yang lain seronok makan shell out nie. Semua happy kekenyangan and seronok melepak macam ni.



Saturday, 18 February 2017

Johor Causeway Tournament - Day 02

Bangun seawal pagi cos we all nak masuk Singapore for JB-Singapore Causeway Tournament. We all masuk dengan kereta while other players masuk dengan bas. So takut jem di imigresen so cepat-cepat bersiap and terus nak pergi aje walaupun game pukul 3pm. Sebelum pergi, breakfast dulu di hotel, makan sekenyang-kenyang yang boleh.

Make it full, takut nanti kelaparan dalam kereta menuju ke tempat perlawanan. Breakfast di Quality Hotel not so bad, banyak juga pilihannya.

Sampai, masing-masing dah excited nak bermain dalam cage. Agak pelik sikit padangnya cos dah terkepung macam dalam sangkat aje nampak.

Geng parents selalunya akan menyediakan macam-macam kelengkapan untuk anak-anak, pisang untuk yang nak menambahkan tenaga, air mineral memang kena banyak dan juga tuala basah untuk kelegaan lepas bermain.

Team U11 FCKL, tahun ni ada yang dah pergi U14 and mostly masih stay dengan U12. Seronok bersama mereka ini, even the parents pun dah kenal malahan tiap kali habis game sure akan melepak sama-sama.

Dinner makan pizza aje, malas dah sebab badan pun dah keletihan dah. Esoknya pun ada game juga tapi di JB aje.

Friday, 17 February 2017

Johor Causeway Tournament - Day 01

Hujung tahun lepas, Danish berpeluang untuk menyertai satu perlawanan bolasepak di JB and Singapore under KLFA. So, after we check out from Legoland, we all terus menuju ke hotel lain bersama-sama dengan players and parents yang lain.

Tapi sebelum check in dalam pukul 2, singgah la dulu makan Nasi Ambeng dan juga Laksa Johor.

We all stayed di Quality Hotel JB bersama-sama with kebanyakan satu team dengan Danish dan juga keluarga mereka. We all checked in awal so entah macamana silapnya dapatlah upgrade bilik yang besar. Puhhh, macam tak percaya aje dibuatnya.

Siap ada living hall lagi, so ramai pulak yang cop nak tidur disini sebab ada TV.

Dah settle urusan check in, we all pun mencari la tempat makanan, as usual la tak tahu nak makan apa. Nak makan fast food memanjang penuh aje so kita makan ajelah apa yang ada di sekitar City Square tu.

First time semasa dalam travel ni, mencari kedai dobi untuk mencuci pakaian yang belum dibasuh masa we all stay di Legoland lagi. Jenuh juga mencari kedai dobi since we all tak begitu familiar dengan area JB ni so gunakan Waze aje untuk mencari kedai dobi.

Habis mendobi, kembali semula ke hotel and ramai teammates pun dah sampai so petang tu semua turun ke swimming pool.

Seronok la masing-masing dapat berjumpa after seminggu tak berjumpa di padang bola. Memang kecoh betual suasana di swimming pool, tambah kecoh bila ada pula yang bawa bola so dah main water polo la pulak dalam pool tu.

Lepas Maghrib, semua pakat-pakat nak pergi makan sama-sama, so menuju la we all ke Banafee ni. Pernah pergi sekali dulu, dengan Teh lepas tu terus tak ingat dah tempat ni. Dulu-dulu if we all pergi JB, selalunya we all akan lepak di Restoran Singgah Selalu tapi masa time we all datang ni, restoran tu dah ditutup, bukan sebab renovate, tapi memang dah roboh terus dah. Tak tahulah kenapa so memang payah sikitlah nak mencari tempat makan yang dah biasa we all pergi.