Nuffnang Ad

Thursday, 30 September 2010

Berkunjung untuk kali kedua

After kunjungan yang ini, selang 2 hari lepas tu, we all jejakkan lagi ke IKEA. I told you all kan that I dapat rasakan yang akan kembali di waktu terdekat. Kali nie, we all pergi masa Danish pi sekolah, bukannya tak nak bawak die..lagipun nak cepat sikit.

Mengundang sungguhlah tagline IKEA nie. Even Lower price...and I will buy more.

Tujuan we all ke sini nak menukar a few barang-barang we all beli hari tu. Ada yang rosak dan ada pulak yang tak betul saiznya. Macam sengaja, aje kan.

Dan we all pun secara tak sengaja, telah menambahkan jugak beberapa collection untuk yang lepas. Kononnya nak tukar dua barang aje, udahnya penuh jugak trolley dengan barang-barang yang baru.

Sneak peek sikit, apa yang we all beli tu..macam-macam ler, ada yang kecik dan ada yang besar. And mostly barang I la.

Sampai rumah, Daddy Jack pun dengan bersungguh-sungguh mengemas all the boys toys and books sebabnya nak let go bekas lama and digantikan dengan stuffs yang we all beli from IKEA tu.

Tuesday, 28 September 2010

Yun's Place

Rumah kedua yang we all serbu, jauh sikit dari rumah Kak As tapi bila dah diundang, kenalah pergi. Nanti kesian tuan rumah, kan. Lagipun, nak jugak berkenal-kenalan dengan lebih mesra lagi dengan tuan rumah. Kat rumah Yun, kami dijamu dengan Buhun Sup, BBQ Chicken and beberap lauk pauk yang lain. Supnya sungguh sedap. Even Ryan the Lion pun suka makan dengan nasi impit.

Nie la Yun, tuan rumahnya. First time datang rumah Yun, selalunya berjumpa di majlis-majlis aje. Thanks Yun sebab sudi menjemput kami sekeluarga, walaupun short notice. Tak sempat nak berborak-borak panjang sebab kesian tengok Yun macam lipas kudung untuk memastikan semuanya in order. Somehow, I can't believe that sesiapa yang membuat open house di Adelaide nie, memasak all the makanan dengan kudrat sendiri, tak ada bantuan sesiapa pun..semuanya dibuat dengan sendiri yer. Hebat, kan ?

Me with some friends here, Muli and Ayu Hairul. Sesekali berjumpa, macam-macam jugaklah cerita yang keluar. Sini mana ada masa nak melepak, banyak kekangannya kalau nak ajak melepak. Paling kuat nak melepak pun kena pi rumah masing-masing ler.


Rumah Yun terletak ditepi jalan besar, so the kids kenalah diperhatikan. Kang terlepas pulak ke jalan besar nun. So far, rasa seronok jugak tengok rumah ada kawasan untuk kanak-kanak bermain, kan?

Bila rumah ada kawasan lapang, nak buat makan-makan pun best, so tetamu taklah rasa tak selesa apa bagai. Macam rumah kecik macam I, terpaksa buat berperingkat-peringkat.

Rasanya sessi BBQ nie akan menjangkit di mana-mana jugak di rumah my Adelaide's gang. Nie kali kedua berBBQ. Syok jugak sesekali berBBQ nie, kan. Lama sikit boleh melepak-lepak. I was thinking of getting one of the pit.

All the makanan letak kat luar, so dalam rumah hanya untuk melepak annd bersembang aje. Tak adalah berkecah dalam rumah. Bagus jugak idea Yun nie.

Minggu gantung periuk

I kategorikan weekend lepas sebagai minggu gantung periuk. I have to attend 4 open house on weekend lepas so, mmg tak payah masak la. Sampai rumah pun perut masih kenyang dengan segalan makanan-makanan yang sedap-sedap sangat. On Sunday, Kak As menjemput kami sekeluarga ke rumahnya. Nie kali pertama pergi rumah Kak As. Dah pernah ajak, tapi ada aje halangannya. So, kali nie tak boleh lah tidak, lagipun nak beraya jugak.

Perut pun memang lapar sebabnya hanya makan toast and egg aje sebelum ke mari. Sesampainya aje ke rumah Kak As, tengok ada nasi minyak, apa lagi menyenseng lengan ler kiter. Tambah pulak dah lama tak makan nasi minyak. Ditambah pulak dengan ayam masak merah yang agak pedas tapi sedap tu..perghhhh sungguh terangkat.

Masuk rumah Kak As, ingatkan nak lepak dalam rumah aje, tapi tengok mcm dah tak muat, so just jumpa jap member-member, salam-salam and then lepak kat bawah. Lagipun all the foods semuanya dibawah, so tak perlulah keluar masuk untuk ambik makanan.

Lagipun all the kids tengah dok melepak tengok CD cerita apa tah, tapi rasanya cerita Melayu, so semuanya macam agak terpegun agaknya dapat tgk cerita Melayu kat Adelaide nie.

My Adelaide's gang..jarang berjumpa, tapi bila dah jumpa, macam-macam cerita la yang keluar, garage sales, open market, masak-masak dll lah.

Hahahaha,,,Mak buyung, Efa.Sedap nampak die makan. Berselera sungguhlah. So, tak perlulah risau bab-bab makan kat sini. Terasa macam kat Malaysia jugak. Ayu Hairul pulak dok menghitung hari nak balik Malaysia aje yer.

I duduk kat bawah sambil-sambil menengokkan the boys jugak. Dengan cuaca yang elok dan agak panas, so baguslah berjemur sikit. Sambil tu, kena jugak suapkan they all makan. Kalau dah jumpa geng tu, mana nak makannya. Kena paksa jugak, adalah.

Abah's gang as usual, melepak luar sambil pekena air Nescafe panas. Kak As punya Nescafe mmg kaw-kaw la. Puas minum.

We all lepak rumah Kak As tak lama pun, dalam sejam lebih jugak sebabnya nak ke open house yang lain pulak. Apa pulak juadah yang menanti kami yer ?

Monday, 27 September 2010

Mee Kari pulak

After beraya di rumah Ayu Hairul, bergegas pulak ke rumah another friend of mine, Ku Surah. Rumah die dekat aje ngan rumah I Kat rumah Surah nie, dijamu pulak dengan mee kari from Utara. Memang marvellous sungguh la..kuah kari yang pedas dan pekat, terbaik sungguh.

Antara yang terawal sampai, Kak Azie & family sebab we all berkonvoi sama-sama from rumah Ayu lagi. Masa sampai, semuanya dok melepak dulu, even tuan rumah pelawa makan pun, terpaksa tunggu sat sebabnya perut masih kenyang makan di rumah Ayu.

Tetapi para tetamu tak terus pi makan mee kari, tapi mulut duk krup krap, krup ktap apa bagai, tangan pun tak henti-henti mengambilnya..apakah itu ?

Hahahahah..tetamu duk ralit makan tempeyek and kuih ros, yang diimport khas from Malaysia. Selalunya, mmg menjadi kebiasaan la kan, kuih kering mcm nie yang menjadi pujaan para tetamu as a snack before makan yang berat-berat sikit.
So, bila dah habis sessi kunyah mengunyah, semuanya menyerang mee kari yang super duper sedap tu. And tuan rumah, tak ada dalam gambar sebabnya dok sibuk memasak, tambah lauk pauk apa bagai di dapur.

Semua kaum Ibu dok ralit makan mee kari nie..and I was wondering, mana pi anak-anak dan para bapa yer. Dalam rumah yang makan nie hanyalah kaum Ibu sahaja.

Bila dah jumpa member-member tu, apalagi dok layan main bola kar backyard la. Rumah Surah backyard die sangat besar so, puaslah budak-budak main bola kat belakang nie. I cant imagine kalau I duduk rumah ada backyard kat belakang nie, mana nak maintain dalam and luar rumah lagi. Even duduk rumah yang sekangkang kera nie pun, rasa macam nak terpengsan dibuatnya.

Ryan the Lion sekarang nie suka sangat la kawan dengan Kak Yaya, anak Kak Azie. Kalau ada Kak Yaya, seronok main. Kak Yaya pun rajin melayan Ryan main.

The Abah's gang..ooohhh melepak luar rupanya. Tapi kan, jarang nampak geng-geng abah nie melepak sambil hisap rokok. Adakah semua pelajar PHD di Aussie tak merokok ataupun harga rokok mahal? So, kena tahankan sikit gian tu.

Sunday, 26 September 2010

Open House at Ayu's

Minggu ini adalah minggu memenuhi undangan open house. Tak sangka, tak terasa berada di Aussie yer bila time-time raya nie bila dijemput ke majlis rumah terbuka, serious rasa macam kat Malaysia jugak, cuma yang membezakannya cuaca sahaja. Semalam, memenuhi undangan ke rumah Ayu Hairul pulak. Dengan hanya tenaga yang satu, Ayu managed membuat berbagai hidangan yang sangat sedap, antaranya, bihun tomyam, spaghetti, nasi impit dan kuah kacang, serta kuih muih.

Sepeninggalan Kak Shidah ke Malaysia, rumahnya ditinggalkan untuk dijaga oleh 3 anak-anak dara ini,; Nadia, Farahin and Syafiqah. They all nie exchange students from UUM and datang sini on first puasa and akan balik in December.

Rakan baik yang tak boleh dipisahkan, Danish and Akil. Makan pun nak sama-sama. Masa nak pergi rumah Ayu nie, siap tanya, Akil pun pergi tak? Mujur jugaklah rumah agak jauh sikit, kalau tak, berjenuh nak pergi main rumah Akil tu. So, bila dah jumpa, asyik nak main aje kerjanya, so tetapkan syarat, kena makan dulu, then baru boleh main.

Lepas makan semua, baru boleh pi main. Cuaca sekejap okay, sekejap macam nak hujan tapi kalau dah budak tu, nak larang macamana pun mana boleh.

Ryan the Lion pun sama jugak...masa sampai die tido sekejap aje, lepas tu bila nampak geng, mulalah tak keruan..sempat makan ayam and nasi impit aje.

Hahahahah..satu suasana yang cukup berbeza kalau di Malaysia. Kalau di rumah terbuka versi Malaysia, jadi trend menjamu tetamu dengan kambing panggang, sini siap buat BBQ lagi. BBQ nie adalah aktiviti warga Aussie especially during Spring and Malaysian pun tak ketinggalan jugak. Ayam BBQ and satay goreng yang sangat sedap menjadi hidangan di rumah Ayu.

Daddy Jack with Ayu's husband, Hairul. Kesian Hairul..nanti jadi bachelor jap selama sebulan bila Ayu and anak-anak balik Malaysia minggu depan yer.

Me with a mummy to be in December, Sue. Wah !!!! seronok nampak Sue makan. Maklumlah, makan untuk 2 orang yer.

Me, Ayu and Kak Azie. Terima kasih Ayu sebab sudi mengundang me and my family ke majlis rumah terbuka yang sarat dengan pelbagai makanan nie. And also, selamat kembali ke Malaysia walaupun hanya sebentar tapi rasanya dah cukup untuk melepaskan segala kerinduan dengan bumi Malaysia, kan.

Nie pun Aiyu jugak, tapi yang nie jiran saya. Jiran yang sangat baik dan pandai masak. Tak sempat nak borak-borak ngan Muli, just sempat hi hi and bye bye aje.

As for the geng bapak-bapak, lepak luar lagi baik, bagus jugak sebab dapat tengokkan anak-anak yang main di luar, bolehlah mak-mak makan dengan aman di dalam rumah sambil berborak sakan tentang garage sales, Corelle dan yang sewaktu dengannya.

Saturday, 25 September 2010

Memenuhi Undangan

kredit to cik google

Hari nie me and my family will attending lots of open houses here. Mak aiii !!!! sure banyak makanan yang sedap-sedap nie. Thanks for those yang sudi menjemput kami sekeluarga, kami akan cuba memenuhi kesemuanya, yer. Will update, later.

Friday, 24 September 2010

Cubaan pertama

Masa pi Malaysian Carnival hari tu, dapatlah jugak merasa makan tau fu fa. Tapi kat sana dapat makan yang air gulanya warna putih. I prefer makan dengan air gula merah..sedap sekali. So as I said before, kalau terasa nak makan, semuanya kena buat sendiri, kan so pergi Asian Groceries, cari kacang soya and gypsum powder untuk buat tau fu fa.

Nie la hasilnya, air soya dan juga tau fu fa berkuah air gula merah. Air soya tu okay, superb tapi tang tau fu fah tu mcm tak berapa nak menjadi...tak aperlah untuk tekak sendiri, so makan ajelah kan.

Teringin nak makan ribs macam kat Tony Roma's so gagahkan juga untuk membuatnya. Bolehlah, kan asalkan ada rasanya. Hmm, lepas nie teringin nak makan apa pulak gamaknya yer? And my cooking skills is getting much better each day, nampaknya.