Barang yang bawa balik June lepas pun tak habis pakai lagi, dah angkut lagi sekotak...udahnya pantry sampai dah melimpah ruah, tak perlu lagi ke Asian Groceries untuk mencari segala rempah semua. Alhamdulillah, semua barang yang dibawa lepas dengan tiada sebarang pembaziran yakni dibuang oleh kastam Australia atas alasan tak boleh dibawa masuk.
Pelbagai jenis barangan ADABI dibawa juga. Ada tu, orang bagi hamper kat Ayah so angkut bawa balik jugak. Kalau dikumpul-kumpul, boleh buat hamper untuk cabutan bertuah kalai my Adelaide's gang ada buat majlis makan-makan.
Masa balik first time dulu, ada bawa balik kerisik, tak guna lagi. So, masa balik kali kedua, kemas-kemas almari tengok kerisik tu dah ada putih-putih, terus masuk tong sampah ingatkan dah buruk. Kali ketiga balik, bila buka kotak, nampak jugak putih-putih tu..bila pegang, berminyak. La, bukan rosak la kalau putih tu, mcm minyak beku sebab sejuk. Satu pembaziran kat situ. Bawa balik air kapur juga, untuk buat kuih basah macam kaswi, kuih lapis ataupun apa-apa kuih yang memerlukan air kapur.
ENO pun diangkut sama, untuk minum bila tak selesa, ataupun kalau tiba-tiba terasa nak makan apam macam Makcik kuih di Pasar Tani Melawati. Ohhh, sedapnya makan kuih apam kaler-kaler tu.
Bila musim spring/summer nie, mango adalah murah di Adelaide, and tak lama lagipun strawberry dah mula menampakkan hasilnya. Kalau Siti suka makan strawberry dengan coklat, kat sini kita cicah dengan kuah rojak ajelah.
Kalau teringin nak makan chicken wings ala-ala Chilli's just pakai this spices ajelah, and makan pun kena hidangkan macam makan dekat Chilli's juga.
Barang yang wajib beli kalau balik ke Adelaide, antaranya belacan bakar dari Melaka, gula melaka, tapi bukan beli kat Melaka, kawan Ayah yang belikan dari Terengganu, udang geragau nak buat cucur nanti kalau orang datang secara mengejut, ikan bilis sekilo sebab ikan bilis kat sini liat so tak sedap buat makan nasi lemak dan juga asam keping. Bukannya tak ada jual asam keping kat sini, cumanya tak tahu nak cari kat mana dalam Asian groceries tu, malas nak belek lama-lama sebab Daddy Jack nak cepat-cepat aje kalau ke Asian Groceries tu. Asam keping hampir dirampas tapi bila Kastam check dalam sistem, mujur asam keping boleh dibawa masuk ke Australia.
Tak lama lagi, harga pisang dijangka pulih mcm dulu, so dapatlah merasa makan apa jual makanan berasaskan pisang especially goreng pisang ataupun cekodok pisang.
Summer is coming, so kalau malas nak pi kedai beli ice-cream, kita layan buat aiskrim Malaysia ajelah. Senang aje, lagi banyak perisa boleh buat. Kita boleh buat perasa Milo, Bandung, Bubur Kacang ataupun perisa Sarsi, lagi sedap.
rempah mee bandung & mee rebus adami tu sungguh tidak kena dgn tekak i ..
ReplyDeleteAsalamualaikum. akak nak tanya, semua barang2 makanan dari Malaysia ni lepas ke oleh kastam Australia? Adiek ipar akak bwk serunding daging, diaorang buang.
ReplyDeleteSaid
ReplyDeleteTu la, I pun dah guna banyak kali dah..memang sedap
Kak Umaizah
So far, brg yang saya bawa masuk ke Aussie tak pernah kena rampas, tapi tak pernah nak bawa serinding sebab dah banyak kes kena rampas. Tapi ada juga yang lepas, dengan menipu sikit kak, letak fish flakes, and kalau boleh cari yang jenis halus sikit, bukan yang kasar
Salam, barang2 di atas di hantar melalui courier yer? kalo masuk melalui airport (luggage) lepas x?
ReplyDeleteSo far lepas aje kak, tapi yang penting kena labelkan agar mereka faham
Delete