Bila dah ada family member datang ke sini, so adalah beberapa kiriman yang perlu dibawa, maklumlah nak balik Malaysia lagi tak tahu bila so kumpul stock selagi perlu.
Pakcik I siap bekalkan beberapa ready made food in the box lagi. Ala, macamlah I tak boleh masak..setakat asam pedas (ehhh, dah lama lah tak makan asam pedas, nanti nak buat lah), masak lemak cili api dan macam-macam lagilah sampaikan bihun pun dibekalkan. Ala, kakak you nie datang sini melawat anak dia, so dah tentulah anak dia akan sediakan makanan, bukannya nak ke medan perang.
Snack yang sedap dikala bosan, keropok keping. Kalau bosan-bosan, goreng and makan dengan sos cili serta minum kopi O panas, memang sedap, kan.
Stock ikan bilis and udang kering pun kena angkut jugak padahal masa balik raya pun dah bawa jugak. Heheheh, I nie kan, memang suka mengumpul stok. Daddy Jack dah suruh stop dah menyuruh org di Malaysia keep sending stok makanan sebab dah macam kedai runcit dah pantry di rumah nie. Bukannya tak ada udang kering and ikan bilis di sini, tapi tak beraa sedap sebabnya ada yang datang dari Filipina ataupun Thailand.
Dah jatuh cinta dengan perencah ikan bakar nie. Hari tu Nadiya pernah bagi untuk cuba, so Danish cukup suka sangat makan ikan bakar guna sos ni. Sos nie kena beli di Pasar Besar Kuantan, kat tempat lain tak tahulah ada ker tak.
Sejak suka kembali pergi garage sales, maka kenalah tambah stok sabun Taharah nie untuk menyamak segalam pinggan mangkuk ataupun bekas-bekas yang dapat di GS, walaupun rasa bekas tu elok tak letak benda-benda haram, tapi bila kita dah was-was tu so kenalah samak, kan.
Bila ada orang nak datang Malaysia, benda nie lah yang paling berharga untuk dikirimkan oleh My Adelaide's gang. Kat sini rokok mahal, harganya sama dengan setin susu anak. Pastu ada yang kata rokok kat sini tak sedap..tak tahulah sebabnya Daddy Jack tak smoking so tak tahu sedap ker tak..hehehehe.
takpe simpan stok byk2..ada gunanya nanti tu
ReplyDeleteGina,asam pedas tu mmg sedap.. family kak umi suka sgt. nasib baik ada jual kat sini. kesum pun tengah subur skrg. so apa lagi.. cuma perlu cari ikan dan bunga kantan aje. :)
ReplyDeletesalam singgah :)
ReplyDeletewow macam-macam benda ye rasa nak kirim kalau dok oversea. kalau saya la mesti lagi banyak nak kirim tu termasuk budu belacan semua hehe