Kami dijemput untuk ke majlis minum petang di rumah Kak Ina. Ada menu special tau. Ingatkan buat jamuan minum petang simple aje, sekali tu makanannya penuh meja. Nie dah mcm high tea dah.
Seronok dapat berkumpul ramai-ramai macam nie. Walaupun balik-balik jumpa orang yang sama aje, tapi ada aje cerita yang nak dikongsi bersama. Lagipun, anak-anak kami dah kenal rapat, so sampai aje, dah tak peduli dah, terus pi belakang and main bola kat yard.
Ni la menu utamanya, keledek goreng cicah sambal. Petang-petang yang cantik nie, memang sedap makan. Ditambah pulak dengan tuan rumah menyediakan teh tarik. Betul-betul terangkat rasanya.
I sempat buat kuih bakar, dah lama teringin nak makan kuih bakar nie. Kononnya dari sehari ke sehari nak buat tapi mcm tak terbuat. So, bila dah ada jemputannya nie, merasa juga membuatnya.
Kaum bapa pun seronok juga dpt berkumpul mcm nie, dapat melepaskan tension kepada yang study. Lepak-lepak and makan-makan, sambil tu bersantai dengan kawan-kawan.
Lepas makan keledek, ada pulak mee udang. I thought mee bandung sebabnya sebelum datang rumah Kak Ina, sempat juga membuat mee bandung. Tak tahu nak cakap apa sebab mee udang pun sedap jugak.
Terima kasih kepada tuan rumah, Kak Ina and Kak Liza serta Darwin dan juga Anip yang sudi menjemput kami semua. Ingatkan hanya keledek goreng menjadi menu utama, rupanya ada macam-macam lagi tambah pula makanan yang dibawa oleh tetamu, mmg meriah dengan makanan.
Cuaca elok so anak-anak seronok bermain di belakang rumah. Kesian kat Darwin yang sedang mengandung, dok melayan anak-anak main belon kat belakang.
mesti aktiviti gini akan jadi kenangan paling manis bila dah balik sini fo goodkan :)
ReplyDeleteMemang Lily
ReplyDeleteSebabnya kita tahu susahnya nak dapatkan makanan-makanan macam nie, kalau kat Malaysia tu, jalan kakai pun dah jumpa gerai orang jual kuih