Ahad lepas, kami diundang ke rumah Liza Nizam pulak untuk minum petang. Wah !! rezeki sungguh la, ingatkan undangan setakat makan tengahari, rupanya ada juga yang buat minum-minum petang nie. Murah sungguh rezeki tuan rumah.
Jemputannya tak ramai, hanya Kak Shidah, Najwa and me sekeluarga sahaja sebab kami ni ada meminta Liza bawakan barang dari Malaysia. Kak Azie pun dijemput juga, tapi tak dapat pergi sebab keretanya rosak. Kesian Kak Azie..tak apa Kak, lain kali boleh join lagi yer.
Tuan rumah menyediakan menu special, lain dari yang lain. Menu santai aje, taklah berat sangat pun. I sempat bawa keropok aje, dok sibuk mengemas rumah, tak sempat nak buat kuih atau any dishes pun.
Menu istimewa hidangan tuan rumah, homemade burger. Nak bagi kami cuba dulu sebelum jamu orang lain. Memang sedap sangat. Simple sangat buatnya tapi tak sempat nak menulis untuk salin resepinya.
Peniaga burger yang berjaya, baru mencuba membuat beef patties and terus jadi. Sedap rupanya burger kalau buat sendiri nie yer. I selalu kalau nak makan burger, beli aje kat Afghan tu, balik just goreng aje. Then letak roti burger.
Sempat ambil gambar burger dengan Najlah aje. I terlupa nak ambil gambar burger yang I punya sebab dok sibuk makan and bersembang. Lagipun, I dok menghabiskan makan burger anak-anak yang tak habis aje.
Lepas Abang Nizam berehat kejap, Liza pulak sambung. Tapi, serious cakap, memang syok la buat BBQ santai macam nie. Tambah pulak, anak-anak main dekat kawasan lapang, so taklah menganggu sangat. Patutlah orang Aussie suka sangat buat BBQ nie. Memang syok.
Kak Shidah cakap, pokok nie namanya pokok Loquat, sedap buahnya. Macam ala-ala kedondong tapi lagi manis. I tak pernah cuba atau jumpa di Woolies ataupun Coles, nie lah pertama kali jumpa.
Bila dah rasa, memang sedap. Manis-manis aje. Patutlah Liza cakap, anak die memang suka sangat buat loquat nie, petik and terus makan aje. Abang Nizam nak bagi banyak, tapi Daddy Jack as usual cakap tak payah banyak-banyak, udahnya dalam kereta on the way balik rumah, die aje dah makan separuh. Tak apa, ada alasan lagi nak ke rumah Liza.
Seronok tengok anak-anak berkumpul sesekali and then bermain sama-sama. Tapi kesian lah kat anak-anak Liza, depa duduk sini..so after 3-4 tahun, kawan dah balik Malaysia, so kenalah cari geng baru lagi.
Seronok si kerinting nie dapat makan ice-cream. Cuaca elok, bolehlah makan ice-cream. Kalau mendunga nd sejuk nanti cepat batuk pulak.
My kerinting yang akan menyambut his birthday tak lama lagi. We prepare somthing for his birthday nanti. So, minggu nie dok busy listkan apa yang patut dibuat. Hopefully everything akan selamat..Insyallah.
dah lama gak tak makan burger..nanti nak cari burger ar..
ReplyDeleteseronoknya kalau rumah ada compound luas cam ni..
ReplyDeleteK umi biasa beli daging burger ayam yg steggles tu sedap jugak :)
ReplyDeleteKak Atty
ReplyDeleteSedap and tringat burger yang jual kat tepi jalan tu...huhuhuhuhu
Kak Yan
Meang seronok, kak. Anak-anak nak main pun tak terasa risau
Kak Umi
Kalau terpaksa, beli jugak yang Steggles tu