Nuffnang Ad

Friday, 21 October 2011

Majlis penyampaian pingat

Lepas makan kek, the children kembali berkumpul di padang untuk sessi penyampaian hadiah. After dah menang main games, takkan tak ada hadiah, kan.

Ryan as a birthday boy, diberikan tugas untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang. Kami tak sediakan hadiah yang mahal-mahal, hanya menyediakan medal sahaja kepada pemenang.

Hadiah untuk budak kecil dan juga orang dewasa semuanya sama sahaja, tak ada beza pun.

Kalau tak silap, Aqil memang 2 acara bersama pasangannya, Am.

Danish pun turut memenangi satu acara juga, jadi lah Danish

Ini adalah acara wajib, tak kiralah di Adelaide ataupun di Malaysia. Pinata time !!! Di Malaysia memang mahal Pinata nie, paling murah dalam RM88 and ada yang sampai beratus-ratus tapi disini, hmmm dengan tak sampai RM50 pun dah boleh dapat dah.

Kanak-kanak berebut-rebut untuk mendapatkan siapa yang paling banyak mengumpul gula-gula dan juga candy. Mujurlah tak ada perkara-perkara yang tidak diingini terjadi.

Ryan nampak macam dah letih, tak tidur petang so tapi tetap mengagahkan diri untuk bersuka ria juga.

Bila dah nak balik, semua kanak-kanak kami berikan goodies bag. Ala, taklah macam Malaysia, normally kami akan letak macam-macam like colour pencil, colouring books dan macam-macam lagi tapi kat sini semuanya terhad and budget pun very limited so kami cuma bagi coklat sahaja.

Yasmin pun datang juga. Thanks Min sebab sudi datang walaupun jauh sikit dari rumah. Dah beberapa bulan datang, baru 3 kali kita berjumpa kan. Nanti senang datanglah rumah pulak.

Kak Ina dan Kak Liza memang sporting habis. Tapi sayangnya, tahun depan dua-dua dah nak balik dah. Seronok kalau dapat berjumpa dengan mereka berdua, ada aje idea giler dan kelakar mereka berdua nie.

Hubby Min, Abang Hairi..kira macam Mr Mama sebab menjaga anak-anak while Min pergi ke uni. Tak apalah, ramai juga Mr Mama di Adelaide nie.

Dah berbulan-bulan Shifa sampai ke Adelaide, baru 2 kali berjumpa. What a small world, Shifa nie bestfriend dengan Ayuthesun, tak sangka berjumpa disini. Shifa datang bersama suami dan seorang anaknya Armand. Shifa dan suaminya dua-dua sedang belajar lagi, so masing-masing struggle dengan study and menguruskan keluarga. Satu tanggungjawab yang besar.


1 comment:

  1. shifa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
    mmg small world...
    dia bising mcm saya kan? ahhahahahaa

    ReplyDelete