Sabtu lepas, kami sekeluarga telah mengadakan birthday party for Ryan Irfan. Alhamdulillah, berjalan dengan lancar. Dengan cuaca yang agak mendung pada paginya then berubah kepada cerah pada waktu berlangusngnya majlis itu. Persiapan untuk majlis ini dilakukan tak sampai pun seminggu, but everything's okay. No messy at all.
Majlis bermula pukul 4 petang, tapi kami dah berada di park pada pukul 330 petang sebabnya nak booking tempat serta nak mula membuat beberapa persiapan macam buat BBQ and also nak tengok kalau-kalau park nie penuh dengan Aussie, so nak booking cepat-cepat the BBQ burner.
Haji Arif diminta untuk membantu kami dalam sessi bakar membakar nie. Majlis ini terasa kehilangan Kak Shidah yang terpaksa balik ke Malaysia secara mengejut setelah menerima berita yang tidak diduga dimana ayahnya telahpun kembali ke Rahmatullah pada Rabu lepas. So, tinggalkan Haji Arif dan anak-anaknya sahaja disini.
Hajat dihati memang nak menjamu tetamu dengan aiskrim Malaysia. Bukan senang nak makan aiskrim Malaysia di Adelaide nie. I memang purposely bawa balik plastik nie sebab nak buat aiskrim Malaysia bila summer nanti. Cuma sempat buat 3 perisa sahaja, raspberry, koko dan juga Milo.
Cornflakes madu hasil tangan Haji Arif dan juga anak-anaknya. I tak expect pun para tetamu membawa any dish, just hajat nak menjamu tetamu aje.
Selain ayam BBQ, I juga menyediakan bihun goreng Singapore tapi tak sempat nak diambil gambarnya. Dah rasa simple aje makanan untuk tetamu, Daddy Jack suruh tambah egg sandwich pulak.
Sebenarnya, I ada menempah 2 jenis kuih dari jiran terdekat..macam karipap nie I tempah dari Najwa. Yer la, konsep party nie macam high tea, so karipap adalah salah satu menu utama yang perlu adalah kan. Sedapnya karipap Najwa nie, gebu sangat-sangat dan tak kedekut inti. Padat sangat. Nanti nak tempah lagilah kat Najwa.
Donut pulak ditempah dari Kak Azie, comel-comel aje donutnya. Kecik sehinggakan terus masuk dalam mulut aje. Bagus juga idea Kak Azie dan juga Najwa..kalau buat kuih untuk party macam nie, buat kecik-kecik aje, tak payah buat besar-besar sebabnya takut membazir.
Sementara menunggu tetamu yang lain datang, kami dok la bersembang, sampaikan tuan rumah jemput makan pun nak tunggu kawan-kawan yang lain sampai.
Tak sempat membuat dessert, mujurlah Shifa datang membawa jelly pudding nie, Memang sedap sampaikan Ryan makan sampai 2 kali.
Kat park nie, selain ada playground ada pulak small basketball court. Daddy Jack dah bersedia dengan segala jenis bola, ada bola sepak, basketball dan juga bowling sebab ada mini sukaneka yang disediakan untuk kanak-kanak yang lain. Sementara menunggu tetamu kecil sampai, kita praktislah dulu.
Tetamu dah mula atang, and terus menjamu selera. Makanan pun tak putus-putus dibawa oleh para tetamu. Air pu terus jadi berbotol-botol. Alhamdulillah, murah rezeki my guests semua.
Mujur ada Dayah yang boleh mengepam belon. So, tak semena-mena Dayah jadi peniup belon yang diimport.
Bila dah ramai, masing-masing dok berkumpul atas alas macam nie and makan sambil bersembang-sembang. Kebetulan pulak, bersantai di bawah sinaran matahari lagilah seronok sebab panas sikit. Angin petang nie sejuk sikit so bila nampak matahari tu macam seronok sangat.
Seronk tengok the kids enjoyed themselves, miggled around, playing and makan dengan banyaknya. Semuanya nampak sedap di mata mereka. Im so happy for the kids.
alhamdulillah berjaya majlis besday ryan..kty nengok semua makanan pun mmg sedap2..
ReplyDeletebest pulak ada kawan2 macam ni yer, mcm potluck pulak :)
ReplyDeletewah..meriahnya..
ReplyDeleteanak2 hepi..mak ayah bertambah hepi.
shifa & jelly mmg tak dapat nak dipisahkan..
ReplyDeletei missed her jelly!!!!!!!!!!!!!!
isk... tak sabar tunggu next year... i am so wanna go there!!!!!