Nuffnang Ad

Thursday 8 December 2011

Melbourne Story-Places of Interest

Sepanjang berada di Melbourne, kami tak berkesempatan pun nak berjalan-jalan kaki di sekitar city. Just berjalan di dalam kereta sahaja. sampai aje dari Geelong ke Melbourne, dah nampak DFO South Wharf nie. Dah survey kat website dia, kat sini tak begitu best sebab tak ada outlet corelle dan juga corning.

Pengangkutan awam yang banyak di dalam city adalah Tram. Memang banyak, tak macam di Adelaide. Kalau nak pusing city aje, ada tram free dikenalai sebagai City Circle, so boleh naik and pergi tempat-tempat tertentu aje.

Tak tahu bangunan apa, tapi nampak menarik sangat

Agak kelakar juga bila Aquarium Melbourne terletak di tengah-tengah bandar, sesak sungguh rasanya.

Sepanjang jalan di Sydney Road, ada banyak terjumpa kedai makanan yang halal. Rupanya ini memang tempat like middle east place so mmg la banyak kedai makan halal. Antaranya ternampaklah kedai Satay nie. Sure sedap satay die kan, dan of course la mungkin 3 cucuk dalam RM15, siapa tahu.

Ini pun antara yang halal juga. Of course la, bila nak ke tempat yang kita belum biasa di negara orang, salah satunya adalah mencari tempat makan yang halal. Boleh aje makan macam roti and susu, tapi ni dengan anak-anak so kesian la jugak. But tak sempat mencuba sebab family trip kali ini macam agak kelam kabut sikit.

RMIT nie antara university yang top sekali di Melbourne. Mostly design studies rasanya. Tengok ramai juga kawan-kawan tak kiralah di alam nyata atau alam maya yang design based graduate from RMIT.

Uni of Melbourne

Flinders Station, lebih kurang macam KL Sentral aje dimana semua pengangkutan berkumpul disini. Kat Australia nie, pejalan kaki adalah keutamaan, so jenuh juga nak menunggu mereka nie melintas jalan.

Parliment House

Kmart di Burwood dibuka 24 jam yer, so macam agak jakun disitu..so bila dah pukul 11 malam, masing bosan so lepak kejap jalan-jalan dalam Kmart. Padahal sama aje dengan yang di Adelaide tu tak ada beza pun, cuma berbeza waktunya sahaja.

1 comment: