Nuffnang Ad

Wednesday 7 December 2011

Melbourne Story-Queen Victoria Market

Kalau sesiapa ke Melbourne, jangan lupa untuk singgah di Queen Victoria Market nie untuk membeli souvenir yang murah disini, tapi ianya tak dibuka setiap hari, ada waktu-waktunya so kena check dulu waktu dibukanya sebelum ke sini. Ada ramai my friends yang datang ke Melbourne pulang kecewa sebab tak dapat pergi sini.

Nama aje pasar, tapi tak payah la rasa nak selinsing seluar sebab pasarnya mmg bersih. Lagipun tempat beli brg basah dan kering diasingkan, taklah mcm pasar kita.

Macam-macam ada dijual disini, ada menjual perkakasan rumah malahan jual baju pun ada juga. Kebanyakan penjualnya adalah Cina bukan Aussie people.

Pantang nampak gerai toys mulalah nak menyinggah tapi tak beli pun. Nanti beli, balik rumah main-main terus punah, so better beli yang elok sikit.

Tertarik pulak dengan plat kereta yang pelbagai nie, tapi tak pasti samada boleh digunakan on the road atau tidak. Kalau datang lagi ke sini, nak tempah satu untuk bilik the boys waktu balik ke Malaysia for good nanti.

Tersusun aje pasar ni, nampak kemas aje..tak serabut sangat..so nak jalan-jalan pun rasa selesa aje.

Liquorice, first time rasa. Itupun sebab kena paksa rasa oleh promoternya sebab Halal. Rasanya lebih kurang macam jelly tapi bentuknya panjang-panjang. Agak manis sikit rasanya.

Masing-masing tak sabar nak mencuba our first attempt on liquorice nie.

Tak sangka ada juga yang menjual kain ela didalam nie. Tengok dari jauh nampak cantik-cantik kainnya tapi tak berminat pulak nak membelinya.

Bila musim Spring, mangga memang banyak dijual. Sedap mangga Aussie, taklah manis macam mangga India. Just nice, kata orang.

Bunga-bunga pun cantik nampaknya di waktu spring nie

Singgah di kedai yang banyak menjual fridge magnet. Rasanya tak perlulah nak ke Perth, Darwin atau mana-mana lagi tempat di Australia nie sebab semua FM tempat-tempat itu ada di sini.

Danish pun sibuk nak belikan hadiah untuk cikgu dan juga kawan-kawan die, siap ada list lagi.

Masing-masing sibuk nakkan patung kanggaru nie. Sejak bilalah my boys dok layan anak patung ni..kemusykilan di situ, nampaknya.

Kami pun turut membeli souvenir untuk kawan-kawan dan juga saudara mara disini, tak beli banyak pun sebab dah jenuh bagi masa balik pertama kali dulu, kan. So belikan mana yang bertuah ajelah.

2 comments:

  1. Jauh tu jalan Gina..seronoknyaaa..

    ReplyDelete
  2. Haa masa I pergi Singapore liquorice diaorang masam. Sedap. :D

    ReplyDelete