Nuffnang Ad

Thursday 8 December 2011

Melbourne Story-Tak sah la kalau tak membeli

Ramai kawan-kawan pesan, kalau datang Melbourne, jangan lupa singgah DFO, ada jual Corelle and Corning murah. So, I pun tak ketinggalan, la kan. Nak juga tengok kot-kot ada yang berkenan di hati.

Ada yang murah, dan ada juga yang lebih kurang sama aje dengan di Adelaide. Tapi I mmg akui, banyak pilihan disini berbanding dengan di Adelaide. Sampaikan rasa syukur sangat Daddy Jack tak belajar sekitar Melbourne, kalau tak mmg parah. Banyak benda rasa nak beli aje.


Koleksi Plum...Daddy Jack dah jatuh cinta pada this collection tapi bila pikirkan yang collection nie tak ada starter set, kena beli set asing-asing so kenalah lupakan hasrat itu. Hmm, tak apalah, nanti kita cari set lain pulak.

Masih ada yang menjual cawan corning nie tapi tak banyak bunga dah, adapun Apricot Grove nie. I ada a fews juga di rumah, so beli untuk tambah ajelah.

Akhirnya, lepas puas mencari dan mencari akhirnya Shadow Iris menjadi pilihan Daddy Jack untuk our new koleksi. Lagipun, Shadow Iris nie banyak juga dijual di KL, cuma maybe harganya agak mahal sikitlah berbanding di sini.

Banyak juga loose set yang dijual sini tapi bukan from my collection, so tengok ajelah.

Heheheh, dah selesai pilih, letak dan angkut makan inilah hasilnya..Hah ? gambar tak clear ? tak apalah...biarlah rahsia apa yang dibeli. Inipun kalau tak nak angkut lagi tapi memandangkan tak muat kereta, so kena datang lain kalilah jawabnya yer.

Anak-anak tidak dilupakan, kebetulan ada jualan runtuh di QuickSilver so dapatlah seorang 2 pasang dengan harga yang tak berapa nak percaya.

Dah tengok yang dua pasang tu harganya sampai nak terjojol biji mata, so ambillah sepasang lagi, sebab ada lebih budget kan, so dapatlah 3 pasang sorang.

Muka pun dah terasa letih, tapi rasa puas lepas apa yang diidamkan sudah berada di dalam tangan.

Tapi lagi terbuntang mata bila ternampak yang ini pulak...

Sales merata-merata, spend a few minutes aje dalam nie, macam nak juling mata tengok handbags. I kan lemah sikit bila bab-bab handbag nie.

But Daddy Jack tanya nak beli ker? Iskhhh dah orang tanya, takkan nak tolak yer tak..so after pusing-pusing, belek-belek adalah juga yang menjadi pilihan. Walau bagaimana pun COACH tetap No. 1.

Bila dah beli, terus terpikir..bila masa pulak la nak gina handbag banyak-banyak nie...kena tunggu masuk kerja dululah, duduk Adelaide pun tak terguna handbag yang sedia ada.

Daddy Jack cukup la berkenan dengan Roal Doulton nie. Bila masuk aje, cakap nak beli itu ini. I think beli di Adelaide ajelah sebabnya dah buka di sana.

Masa Daddy Jack and Danish jalan-jalan berdua, they all pun singgah juga di shopping mall, tumpang aircond sebab cuaca panas di luar. Masuk-masuk nampak Burberry. Cuci mata la, apalagi.

Daddy Jack sudah berkenan dengan bag yang bawah sekali tu, so sebagai hadiah kesian sebab tak dapat berjalan bersama, I pun dapatlah beg warna hijau tu. Danish cakap, beg pergi pasar tau Mummy...hmm kelasnya beg pergi pasar Mummy nie.

Banyak juga pilihan yang menarik disini, hmm I wish that dapat pergi lagi ke sini

Opss nampaknya dah berkenan pulak dengan beg diatas tu

Sebelum Ryan demam, kami berjalan-jalan di Harbourtown, nak mencari baju sejuk sebab the boys punya sweater dah tertinggal di rumah yang kami tumpang di Geelong.

Tapi biasalah, bila dah habis musim winter, semua baju sejuk tu dah disimpan dalam stor so tak banyak pilihan dah yang dijual.

Hajat tak sampai nak makan disini sebabnya dah tutup, kesian Ryan nak makan satay tak tersampai, namun nasib baiklah masa demam tu Daddy Jack pergi beli bawa balik aje.

9 comments:

  1. salam kenal...!! waaahh, seronok ni.. pi melbourne 4 tahun dolu.. rindu la rasa nak pi lagi..

    (mode:jenin.. hehehe)

    link..

    ReplyDelete
  2. bestnyaaa shopping..besarnya kedai corelle kat sana.. ee royal doulton pun ada hehe.. kat perth ni ada outlet store tp mcm tak byk choice lak

    ReplyDelete
  3. WARGHHH BESHNYA...DAPAT PI TGK PINGGAN MANGKUK PUTIH TU...SUNGGUH TERUJE...

    ReplyDelete
  4. Blogwalking. Wah besarnya outlet corelle di melbourne :) Nak pergi hujung bulan ni. Wish me luck tahan nafsu dari borong macam2.. hehe. Done follow ur blog #577

    http://azyyatiliah.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup memang best memborong corelle semua ni, tapi itu masa duduk sana seronoklah memborong lepas tu bila balik Malaysia tengok barang yang banyak terus rasa insaf kejap

      Delete
  5. Salam, boleh tau tak ni dfo yg mana? Sy akan ke melbourne bulan 3 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam
      DFO di Melbourne ada 3. Selalunya we all pergi di Essendon aje sebab mmg lalu situ setiap kali datang dari Adelaide

      Delete
  6. Ooo ok thanks :)

    ReplyDelete
  7. Salam...sis, nak tanya Big W di Adelaide banyak pilihan macam kat Melbourne tak? Kalau nak buat shipping dari Melbourne ke Malaysia, boleh rekemen shipping comp tak?

    ReplyDelete