Nuffnang Ad

Sunday 18 March 2012

Macamana tak giler

Setiap hujung minggu adalah waktu Garage Sale, samada suami suka atau tak, itu adalah satu aktiviti wajib bagi warga wanita di Adelaide nie. Ala, suami bising-bising pun kena jugalah layankan isteri sebab dah terperuk duduk dalam rumah dari Isnin sampai Jumaat, so hari Sabtu kenalah bawa pi jalan-jalan. Si isteri tak minta dibawa ke shopping malls pun, cukup lah hanya dibawa ke Garage Sale untuk terapi minda pun sudah memadai. Memang la letih kalau pergi Garage Sale tapi hasilnya tidak memberangsangkan, tapi kalau dah sampai berkotak-kotak Cik Corning dan Pyrex dijumpa dengan harga yang murah, siapa taknak, kan? Macm kotak dia atas nie, I dapat untuk satu kotak tu hanya AUD5 (RM7) sahaja, siap ada teko Corning and saucepan lagi, pyrex mahu tak pengsan dibuatnya !!

Hasil yang paling mengagumkan diri ku ini, satu kotak nie ada 5 pieces Corningware, and 2 saucepans denga hanya AUD20 (RM70) sahaja yer. Kalau ke Langkawi, mungkin harganya dalam RM500++. Walaupun patternnya macam dah tak ada orang nak pakai lagi dah, tapi disebabkan 5 baradik itu, ku angkut jua. Balik aje, terus simpan, sealkan, masuk dalam kotak and akan dibawa balik ke Malaysia nanti. Taknak simpan atau pakai disini, sayang pulak.

I rasa ada dikalangan pembaca sure cakap "Ehh, mak aku adalah teko macam nie" takpun "Nenek I pun ada juga teko macam nie" hahahah, yer I tahu, Corning ni memang dah lama orang pakai, even Ibu pun ada bertingkat-tingkat mangkuk dan juga pinggan Corning nie. Dulu nak beli punyalah payah sebab tak banyak kedai yang menjualnya. Ibu sanggup tu, sesiapa yang nak pergi Singapore aje kirim beli sampai berset-set pinggan die, even sampai ke Spain pun dikirimnya. Punyalah Corning nie menjadi kegilaan perempuan semua. And now, kegilaan Ibu itu turun pulak ke anaknya ini. Hmm, cuba teka berapa I dapat untuk teko nie??? AUD1, AUD2, atau AUD5?...Hmmmm semua tekaan anda salah..I dapat teko ini hanya AUD0.30 sahaja..yer, 30sen, kira-kira RM2 sahaja. Menangis tak?

3 comments:

  1. waaa nangis laa.. hehe haritu ada nampak teko corning tu kat sunday market, terus teringat kat Gina. :)

    ReplyDelete
  2. kalau dekat2 , mau eliss nak gi beli sekali..haihhh..hargaaa murah btol

    ReplyDelete
  3. Jangankan nangis Gina, mcm terkejut tak leh nak bayangkan situasi Garaje Sale yang u pegi tu..

    dgn spent RM79 only boleh dpt mcam2..kan, then the teko..mak i pun ada, dulu2 kirim ngan kawna beli kat Singapore.. rezeki u la Gina..
    :))

    ReplyDelete