Serba segera
Kat  sini bahan makan agak limited sikit, taklah macam kita di Malaysia,  kan, nak beli benda, ada Giant atau hypermarket yang lain. Kalau malas  nak ke kedai atau nak beli barang yang sikit-sikit, kedai mamak and 7E  pun okay aje. Sini, semua kena pergi Coles atau Woolies, nak cari barang  Malaysia, kenalag pergi Asian Groceries. Orang rumah i nie, kalau buat  mee/bihun sup mmg takkan makan cli kicap tu sebab masing-masing tak  tahan pedas, yang nak makannya I sorang aje, so malas jugak nak  membuatnya so ternampaklah Sambal Bakso ni, so I aje yang makan. Sedap  juga sambal nie buat makan denganm sup atau mee kari pun boleh juga.
Barang  basah macam serai nie ada aje dijual di Asian Groceries tapi cepat  sangat layunya. Even kalau pergi aome Asian Groceries, serai, daun  pandan dan juga lengkuas semuanya dibekukan. Bukan itu sahaja dibekukan,  antaranya daun pisang, kunyit, even cili padi pun dibekukan juga. maybe  sebab cuaca yang agak berbeza so takut cepat rosak pulak. I lebih  selesa pakai yang dalam botol aje, sama aje lebih kurang rasanya.
Dah lamanya tak makan roti disapu  kaya. My Adelaide's gang ada aja yang rajin membuatnya sendiri tapi I  nie tak ramai yang nak makannya. Ni pun tak habis makan lagi. Mujur la  ada Kaya Yeo's nie, hmm sedap makan roti disapu kaya sambil minum kopi  panas, ala-ala Kopitiam, kan.
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Berkenan sungguh i dgn serai and lengkuas yg da dibotolkan tu, Gina ... tp kat Malaysia ni takde kot.. :)
ReplyDelete