Nuffnang Ad

Wednesday 28 March 2012

Twilight Sports Day 2012

Minggu lepas, selamat berlangsungnya majlis sukan di sekolah Danish. Suppose this week, tapi dicepatkan pula, tak tahulah kenapa. Dengan cuaca yang sejuk, nak juga dibuat acara sukan nie. Budak sekolah seronok ler, berlari sana sini, yang tak syoknya mak ayah yang kesejukan.

Dah 2 tahun dah Danish merasa suasana sukan di sini tapi acaranya tetap sama setiap tahun, selalunya cara untuk junior primary agak ringan sikit berbanding dengan senior. The lady in white tu is Danish's Principal, Meredith namanya. Dia nie ada masalah pendengaran sikit, not pekak cuma die tak boleh dengar jauh aje but die mmg mentioned in every newsletter that kalau kita tegur die, if die tak jawab, bukannya die sombong, tapi tak dengar. The boy in blue shirt is Danish's bestie, Brody namanya. Memang rapat sangat dengan Danish, berkepit sentiasa.

Dah 2 tahun, Danish memakai baju merah tapi kali nie kena pakai baju hijau pula. Dahlah we all nie memang kurang baju hijau, tak banyak pun and nasib baiklah ada sehelai baju yang elok sikit ni. Tak payah nak beli baju baru pulak.

Kak Shidah and Hisham pun ada juga turun padang menyaksikan anak-anak mereka beraksi di padang. Kalau tidak, ada aje Kak Azie dan Surah sekeluarga disini tapi bila Aqil dan Ika dah join sekolah lain, so tak meriah la sikit.

Acaranya memang sama aje, setiap tahun but still the children were happy and have so much fun with their friends while the parents boleh tag along, have some chit chat and coffee.





Ni satu game yang baru, perlumbaan kerusi roda. Nak gelak pun ada juga, macamlah tak ada game lain.




Acara yang paling Danish tunggu, lumba lari. Tahun lepas, dapat tempat ketiga tapi tahun nie dapat first place. Well done, Danish. Seronok sangat die bila dapat nombor satu.

End of the acara sukan, satu acara khas untuk pelajar tahun akhir that is Tug if War, ala tarik tali lah. Then ada juga perlawanan antara teachers and parents, so dah 2 kali berturut-turut mak ayah aje yang menang.

Untuk mencukupkan acara habis sampai pukul 7, acara larian untuk ibu bapa pun diadakan. Entah kenapa, tiba-tiba Daddy Jack nak joined pulak...tak sangka ada bakat terpendam rupanya. Lari punya lari, dapatlah tempat ketiga. Good job, Daddy Jack.

Ryan pun seronok main-main di padang berlari sana sini, melompat dan juga berpiknik di sini. Mmenag penat sebab we all start datang and duduk di sekolah dari pukul 12 sampai pukul 7 petang. Balik rumah aje, terus lah Ryan tertidur kepenatan.

Danish and his first prize ribbon. Kat sini one thing yang I noticed, bila acara sukan nie ni hadiah yang fancy-fancy, even medal pun tak ada. Rasanya kalau kat Malaysia tu, bila acara sukan aje, startlah sekolah minta derma atau sumbangan dari ibu bapa untuk beli hadiah, dan hadiahnya pun bukan calang-calang siapa ada piala dan juga medal. Hmm, I belum merasa lagilah bab-bab sekolah minta derma nie sebab Danish will be sekolah di Malaysia pun start tahun depan, bersilat la jugak I nak sediakan macam-macam sumbangan untuk sekolah yer.

1 comment:

  1. I lagi suka ribbons ni. Senang nak simpan dalam album berbanding piala and medal tu.

    ReplyDelete