Lepas menghantar Ayu Hairol balik, kami balik rumah jap...petang tu ada undangan dari Kak Azie sekeluarga yang buat jamuan kecil-kecil untuk Aqil sempena birthday die. Letih punya pasal, sampaikan kami tertidur kepenatan. Udahnya pukul 230 ptg baru terjaga then kelam kabut siapkan semua untuk ke majlis Kak Azie. Ya Allah, tak tahulah macamana boleh terlajak, maybe penat buat jamuan di rumah kami, then bangun pagi-pagi nak menghantar Ayu pulak udahnya kami ketiduran.
Happy Birthday, Aqil. Semoga menjadi anak yang baik buat Papa and Mama serta abang kepada Yaya. Kami mendoakan kebahagiaan and kesejahteraan Aqil sekeluarga. Ini kali kedua Kak Azie membuat majlis birthday party untuk Aqil di Adelaide dan dua kali jugaklah kami sekeluarga tak berkesempatan nak tengok Aqil tiup lilin.
Menu utama Kak Azie kali nie memang mantap, suami isteri berpadu tenaga sampai malam hari membuat hidangan Nasi Kerabu untuk para tetamu. Kalau I kena buat macam nie, mahunya menangis kat ceruk dapur pagi-pagi hari tu.
Selain nasi kerabu, ada pulak permintaan dari kawan mereka nak makan Laksam pulak. Kawan mereka tu sampai sanggup nak carikan ikan untuk buat kuahnya. Dah lama kawan mereka tu nak merasa makan laksam. Aduh aiii, buat laksam nie kalau di Adelaide semuanya kena buat sendiri, tak ada yang boleh dibeli kecuali ulam-ulamannya sahaja.
Rumah Kak Azie besar sikit dari rumah kami, so jemputan pun ramai yang hadir. Kak Azie plan asalnya nak buat majlis 2 kali, nak jemput separuh-separuh dulu takut tetamu tak muat rumah, tapi pikir balik, biarlah penat sekali aje. Tak mahu penat banyak kali, so semua tetamu dijemput dalam satu masa sahaja.
Ramai juga yang tak pernah datang rumah Kak Azie nie, dan ada yang belum datang rumah I jugak. Bila dah jumpa ramai-ramai nie, makan pun banyak, sembang pun banyak jugak. Maklumlah, I kan baru balik dari Malaysia so adalah beberapa geng yang belum jumpa so masing-masing dok bertanya khabar ajelah.
Since kami orang yang last sampai, maka kami pun orang yang last balik. The boys seronok ler dapat main dengan Aqil and Yaya. Tambah seronok bila dapat tengok Aqil buka hadiah. Macam-macam yang Aqil dapat, dari sports game sampailah kepada board games. Kalau ikutkan budak-budak nie, sampai taknak balik la nak main aje, tapi hari pun dah gelap, so janji akan datang lagi nak main barulah boleh balik. tapi tak tahulah bilanya nak datang.
seronok kan makan reramai . siap ada permintaan lagi.
ReplyDeletenampak enjoy sangat. kekalkan keharmonian ;)
ReplyDelete