Nuffnang Ad

Thursday 21 July 2011

IKEA lagi

Since we all kan nak ajak tetamu datang rumah, so Daddy Jack nak memastikan para tetamu duduk dengan selesa. Kat rumah nie memang ada satu sofa tapi dah penuh dengan kesan susu anak, tak boleh nak hilangkan dah. Taraf buang aje dah tapi kena tunggu pihak Council buat spring cleaning, baru boleh buang. Pikir punya pikir, mana nak cari sofa, garage sale atau beli baru aje, so we decided beli baru terus. Apa lagi, berdesup ke IKEA la.

Kalau dah ke IKEA tu, mana boleh tak beli benda lain, padahal sebelum nie dah pergi angkut sampai 2 trolley dah, still ada juga benda yang nak dibelinya. Macamlah tak boleh datang balik.

Udahnya beli almari, beberapa rak dan segala macam barang mak nenek. Sampaikan tak muat kereta, so kena suruh hantar ke rumah. Kena charge dalam AUD60 per trip so dah alang-alang depa kena hantar tu, angkut la beberapa barang besar, rugi pulak bayar sebanyak tu semata-mata menghantar sofa sahaja, kan.

We all sampai malam di IKEA, dah lah sejuk winter nie, the boys boleh pulak nak melayan makan ice-cream.

Okay, dah angkut banyak dah, so bolehlah tetamu datang makan-makan di rumah kita dengan selesa sambil duduk atas kerusi baru.

No comments:

Post a Comment