Nuffnang Ad

Sunday 10 July 2011

Novel terhangat

Masa balik Malaysia lepas, TV tengah hangat dengan drama Nora Elena, bila pukul 7 malam aje, semua orang perempuan dok kalut tunggu depan TV semata-mata nak tgk Nora Elena, even nak buka puasa pun dok depan TV, meja makan pun dah tak layan dah. Pastu pukul 8 malam baru nak terhegeh-hegeh masuk bilik air nak sembahyang maghrib, memang penangan Nora Elena sungguh ler. Bukan sahaja cerita TV, bukunya pun habis dijual. I pun sibuk la mencari sana-sini dekat kedai buku Popular, MPH semua tapi sold out. Sampaikan masa I nak tanya counter pasal buku nie, tak sempat tanya lebih, baru bukak mulut tanya, "Cik, buku novel Melayu...errr" pastu budak trus cakap " Maaf Puan, buku Kasih yang Suci out of stock, kami tengah order, minggu depan baru sampai"...so, I pun dah macam malu jugaklah kan, nampak sangatlah kemaruk nak beli buku tu terus cover " Ehhhh, taklah..saya cari buku lain"...kahakakakakah

Terus tanyakan buku nie, hahahha..buku yang dibaca masa zaman uni dulu, mujur teringat tajuknya. I rasa ada lagi buku nie kat rumah, tapi nak cover malu punya pasal so beli ajelah.

Tapi, novel Ombak Rindu nie pun akan dijadikan filem, lakonan siapa lagi abang Seth Tan kitalah, Aaron Aziz, Maya Karin and Surihani. Tapi Maya Karin macam tak syok aaa berpasangan dengan AA, nampak tak serasi tapi siapa tahu, maybe mereka ada chemistry, kan. Hmm, mujur beli novel Ombak Rindu nie, kalau tak sure jadi macam Lagenda Budak Setan, out of stock.

2 comments:

  1. Haaaahahahaha coverline hahahahahaha

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Sorry terjah.
    Novel kasih suci tu boleh beli online kat karangkraf. I got mine from there also haha sebab malu nak pergi mph hahaha.
    Anyway, ombak rindu tu film dah siap tp x taulah bila tayang. entah2 dah tayang tapi mcm suam2 kuku gitu...

    ReplyDelete