Ahad lepas, Ayu Hairol telahpun selamat kembali ke Malaysia. Kali nie kami menghantar balik our Adelaide's gang nie agak berbeza sikit, selalunya balik petang tapi kali nie Ayu ambil flight pagi, dalam pukul 9 pagi sebabnya nak sampai Malaysia dalam pukul 3 petang. Menurut Ayu, kalau sampai malam,nanti susah pulak orang nak tunggu mereka sekeluarga di KLIA.
Lepas balik nanti, Hairol akan menyambung kembali jawatannya dengan kerajaan, tapi tak tahulah posting ke mana pulak. Last posting sebelum sambung belajar di Sabah and hopefully, kali nie just posting di Putrajaya ajelah yer. Dekat sikit kalau kita nak jumpa di Malaysia nanti.
Tak ramai yang menghantar Ayu nie, kalau balik petang, sure penuh dengan kenalan mereka. Ayu di kenali ramai juga di kalangan keluarga Adelaide nie. I antara yang lewat sampai, dalam pukul 745 pagi sebelum mereka masuk ke departure hall.
Satu perpisahan yang sukar bagi mereka, selama nie Ayu yang menjaga anak Lynn, Nadia tapi semenjak Lynn balik Malaysia dan kembali beberapa minggu lepas, anak-anaknya ditinggalkan di melaka bersama ibu mertua. Bukannya tak sayang anak, tapi Lynn dan suaminya masing-masing merupakan pelajar PHD and tengah struggle untuk menghabiskan dalam tahun nie juga so terpaksalah berpisah sementara dengan anak-anak mereka. Satu pergorbanan yang besar buat mereka berdua tapi tak apalah, bila jauh-jauh nie menjadikan semangat mereka nak menghabiskan belajar tu cepat dan juga bersemangat bila teringatkan anak-anak yang ditinggalkan.
Kami yang tak ramai menghantar Ayu nie pun dah merah mata menangis sedih, inikan pulak kalau beberapa keluarga datang, silap-silap banjir airport nie dibuatnya. So, kuranglah warga Melayu di Adelaide nie nampaknya...tahun nie ramai yang akan kembali semula after habis pengajian mereka. Tinggal beberapa keluarga ajelah yer.
Selamat jalan to Ayu Hairol dan anak-anak mereka..all the best in Malaysia. Ayu pun tengah pregnant anaknya yang keeempat dan jantinanya masih tetap sama dengan anak-anaknya terdahulu, boy juga, belum ada rezeki untuk dapat girl. Tak apa, cuba lagi.
Anak-anak lelaki akan kehilangan kawan sepermainan mereka. Dahlah budak lelaki macam sikit aje di Adelaide nie, ramai yang ada anak perempuan, tu yang ramai buat sleep over di rumah masing-masing. Anak-anak perempuan dok sibuk buat sleep over, anak lelaki dok duduk bawak ketiak mak ajelah.
Anak Sof yang latest, ,Muaz namanya. Masa balik Malaysia kali kedua hari tu tak sempat nak berjumpa dengannya, so dapat jumpa di airport sahaja.
No comments:
Post a Comment