Nuffnang Ad

Monday, 4 July 2011

Meraikan yang akan kembali

Sabtu lepas, kami dijemput untuk meraikan salah seorang geng kami yang akan kembali semula ke Malaysia minggu depan. Balik terus dan akan berkhidmat dengan kerajaan. Walaupun cuma berkenalan 2 tahun, namun terasa sangat akan kehilangannya. Majlis yang tak seberapa ini dah lama dirancang, plan asalnya nak dibuat di park sebab luas and anak-anak pun bebas berlari sana sini tak menganggu mak pak yang nak bersembang, tapi last minute rancangan terpaksa diubah ke rumah Kak Has sebab cuaca agak tak begitu baik. Menu utama kami dijamu dengan nasi ayam dan juga ayam BBQ. Tetamu as usual, bawa la makanan tambahan like egg tart yang super duper sedap, puding roti, kuih muih dan juga buah-buahan.

Orang lelaki duduk di luar rumah sambil menjaga ayam BBQ, lagipun depa bolehlah borak lama-lama tanpa gangguan anak-anak.

Ramai my Adelaide's gang yang dah beli BBQ set nie, memang berbaloi beli sebab di Malaysia dah mula dijual tapi harganya beribu-ribu la. Baik beli kat Aussie, murah giler. We all pun dah aim satu nak beli bawak balik Malaysia nanti.

Disebabkan hujan, anak-anak duduk dalam rumah aje, kalau tak sure penuh kat backyard main kejar-kejar. They all nie tengah layan cerita Congkak, tu yang muka semua suspen aje.

After dah rileks-rileks kekenyangan, Kak Has selaku hos membuat kejutan kepada yang nak diraikan, iaitu Ayu Hairul. Kena bagi speech and juga memberikan hadiah yang dikongsi bersama-sama kami semua sebagai tanda ingatan.

Ramai yang sedih akan kepulangan Ayu Hairul, yer la kan..komuniti Melayu tak ramai di Adelaide nie, lepas 2-3 tahun, sure ada yang akan kembali ke Malaysia. Kalau dah tiap-tiap minggu berjumpa memang terasa keakrabannya.

Kami berpakat-pakat memberikan Ayu hadiah "Idaman kalbu"...hehehe apakah hadiahnya, biarlah rahsia yang pastinya memang kegilaan para wanita di Adelaide nie.

Antara yang hadir, nie antara My Adelaide's gang yang duduk berhampiran kawasan East. Hanya 4 orang sahaja yang belajar, yang lain semuanya surirumah tangga.

Untuk yang lelaki pula, mereka semakin canggih, bermacam-macam jenis DSLR depa dah angkut di Adelaide nie.


Sementara kaum wanita sibuk nak bergambar, ayam BBQ kenalah ada yang tunggu, kang tak pasal-pasal hangus pulak.

Wajah bakal-bakal yang bergelar Dr dalam tempoh 2-3 tahun lagi..Insyallah.

See, yang perempuan pun dah pandai memegang DSLR tanpa rasa-rasa takut dah. Banyak ler gambar-gambar cantik-cantik dekat FB lepas nie.

Akan merindui Ayu Hairul sekeluarga. Rindu dengan gelak ketawanya, info-info yang berguna dari segi tempat-tempat makan yang best serta cerita ceritinya. Semoga Ayu Hairul selamat kembali ke Malaysia dan menjalani kehidupan yang lain dari di Adelaide.

5 comments:

  1. agaknya apalah hadiahnya ye tu gina..

    ReplyDelete
  2. woww makan lagi ni yg jeless ni hehe.. haa hadiah tu mcm set corelle je hikhik tul tak?

    ReplyDelete
  3. bakal doctor yang pakai jaket kuning tu paling muda dan paling kiut. macam nak geget.

    ReplyDelete
  4. Kak Ty
    Corelle ler kak, menambah koleksi yang nak balik tu

    Kak Umi
    Memang bekak, itu aje idaman kalbu wanita di Adelaide nie

    Nor
    Kalau Nor rasa nak gigit, Gina hari-hari gigit Nor

    ReplyDelete
  5. tu nak masak puding roti ke tuh? btw, my husband cakap macam kenal je you dad..

    ReplyDelete