The day yang ditunggu-tunggu oleh Danish pun tiba, bangun pagi-pagi untuk bersiap while me pun menyiapkan segala makanan dan juga persiapan terakhir untuk majlis ini. Tepat jam 2.30 petang, kambing yang ditempah telah sedia di hadapan, dengan segala kelengkapannya. Thought of ambil seekor aje, tapi Ayah insist suruh ambik 2 ekor. So, puaslah nampak gayanya para tetamu memakan kambing panggang nanti.
Since party nie bermula pukul 4 petang, so makanan yang disediakan adalah yang ringan-ringan ajelah, tiada makanan berat like nasi dan sebagainya. Untuk orang dewasa, kami menyediakan laksa Pahang yang dibawa khas dari Kuantan, untuk kanak-kanak, makanan like nugget, sausages, mashed potatoes dan juga fries aje. Roti jala, hidangan wajib dimakan bersama kuah kari.
Since Ayah dan menyumbangkan 2 ekor kambing, me and Daddy Jack decided untuk membuat BBQ jugak so kami menyediakan ayam sebanyak 15kg untuk hidangan para tetamu. Mujur ada grilset nie, kalau tunggu yang pakai arang sure nak kena kipas, lambatlah sikit prosesnya.
Sebelum tetamu datang, kanak-kanak ligat main bola, and all kinds of sport games yang kami sediakan.
Bila tiba cake cutting session, semuanya berkumpul dan masing-masing terpegun tengok cake Danish. Hah !!! nie Daddy Jack punya idea yersince tema untuk tahun nie, Daddy Jack memilih untuk membuat tema menyambut kemenangan Manchester United sebanyak 19 kali, so tema bola menjadi pilihan, tapikan rasanya kalau buat birthday party untuk the boys, memang temanya sentiasa berkisar pasal bola sahaja.
Danish was so excited tengok cakenya. Masa we all tempah cake nie, die tak ikut so macam surprise for him jugaklah kan.
Ramai juga tetamu kecil kami, masing-masing turut sporting memakai baju mengikut tema yang telah ditetapkan, merah, putih dan hitam, walaupun di antara mereka bukanlah penyokong Manchester United.
Confetties all around and kali nie make sure tak kena kek, dulu pernah buat sekali, habis kena kek so susah sikit nak bersihkannya.
Dalam Pinata nie, kami isikan all sorts of candies untuk the kids. Plan asalnya nak letak tepung, nak bagi meriah sikit tapi bila pikir, nanti masuk mata ataupun kotorkan baju so lupakan ajelah hasrat itu.
Bila Danish tarik the pinata, bertaburan gula-gula jatuh so kanak-kanak lain berebut-rebutlah mengutip all the candies dalam tu. Kelakar ada saling himpap menghimpap antara satu sama lain sebabnya nak berebutkan gula-gula.
Lepas acara makan-makan dan juga berehat sekejap, so sports game pun bermula di mana kanak-kanak diberi pilihan bermain acara kegemaran mereka, pemenang akan diberi medal yang ditempah khas oleh Daddy Jack.
Si kerinting pun turut sama nak mencuba nasibnya. Hmm, tahun nie birthday Ryan macamana pulak yer, kalau Danish dibuat besar-besaran, adakah Ryan pun sama jugak, tapi Ryan raskena buat di Adelaide lah nampak gayanya, takkan nak balik Malaysia jugak.
Happy birthday danish. semoga jadi anak yang soleh hendaknya
ReplyDeletemeriah majlis..rugi kty tak g..tak merasa kambing bakar..
ReplyDeletealor comeynya ryan..sepak bola..ada bakat.