Sabtu lepas, kami sekeluarga mendapat undangan dari one of my Adelaide's gang untuk ke majlis birthday party, bukan satu tapi empat orang sekali gus, anak-anak yang berumur 8 hingga 5 tahun. Yer la ,kan nak buang sorang-sorang masing-masing mak pak belajar so tak ada masa, kumpulkan semua so buat semua sekali gus, then ramai boleh datang. Since jemputan pun agak ramai, kali nie dibuat di Enfield Community Centre. Kami sampai antara yang terawal sebab sebelum tu pusing-pusing jap sambil mencuci mata.
Kak Yatt antara host untuk majlis nie. Tak memang tangan memastikan all the preparations berjalan dengan lancar.
Menu utama untuk majlis ini adalah Laksam/Laksa dan juga Nasi Kerabu. Suppose nak buat majlis aqiqah sekali tapi tak jadi sebab kambing aqiqah tak dapat disediakan pada masa yang diminta, but tak jadi aqiqah tapi ada juga kambing panggang.
The boys dah sampai dulu, ramai their gang belum sampai so dok main sesama mereka dulu lah. Bila nampak geng datang sorang-sorang ligat main, makan pun tak tentu hala dibuatnya.
Sedap nampak birthday cakes nie, tapi lagi surprise bila mentioned ice-cream cakes..hehehehe, sejuk-sejuk makan ice-cream cakes, tapi not bad jugak. Sedap cakenya, even all the kids enjoyed the cakes so much.
Lama rasanya tak jumpa Kak Azie, minggu lepas just borak dalam phone aje...so kali nie dapatlah bersembang panjang dengan Kak Azie. Kak Azie tengah berazam untuk setiap hari Sabtu nak membekukan diri dari membuat aktiviti Garage Salesnya..but I tak percaya..
Dah lepas main, makan dan main lagi, kanak-kanak datang berkumpul untuk upacara memotocake, jenuh budak-budak nie nak kena nyanyi sampai empat kali, bila time yang keempat, suara dah mula sayup-sayup dah.
Happy 5th birthday, Aiman. Aiman is Syitah'son. Syitah pun baru melahirkan anak lelaki so sekarang nie dah ada 3 hero.
Qaisara yang comel, anak Linda. Geram tengok pipi die yang tembam tu. Qaisara dah pun berumur 5 tahun.
Seorang lagi anak dara Linda, Qistina yang berumur 8 tahun, sama-sama menyambut bersama kawan-kawannya di Adelaide. Mereka sekeluarga akan kembali semula ke Malaysia hujung tahun ni after ibunya, Linda menghabiskan her Master.
Semua happy dapat berjumpa rakan-rakan, yer la, after penat belajar selama 5 hari kenalah merehatkan minda sekejap. Pada suri rumahtangga pun sama juga, dah 5 hari terperuk dalam rumah, so nak juga bertanya khabar kawan-kawan. Makanan mmg overflow, banyak sangat selain yang disediakan oleh tuan rumah, yang datang membawa makanan pun banyak jugak.
Lama juga kami di sini, dalam pukul 3 lebih bila cuaca dah agak mendung barulah kami bergerak balik. tapi bila nak balik aje, mulalah ada yang nak sambung borak ler, ambik gambar ler...hehehe.
InsyaAllah takan ke GS kalau hati ni tak tergugat dengan signboard2 yang ada di tepi2 jalan... tapi kalau pergi selalu dapat barang best, macam mana la nak hentikan xtvt mengarage niii...
ReplyDelete