Nuffnang Ad

Wednesday, 27 July 2011

Berhibur dengan anak-anak

Sabtu lepas, after majlis hari jadi beramai-ramai tu, kami balik rumah bersiap-siap apa yang patut sebab nak kena keluar balik untuk menyaksikan Disney On Ice pulak di Adelaide Entertainment Centre. Show mula pukul 6 petang, kena pergi cepat sebab tahu parking kat mana, tak mahulah parking jauh-jauh nanti susah and sejuk nak balik. Lagipun hari hujan sikit.

Alhamdulillah, kami dapat parking dekat dengan AEC tu tapi kena bayar dalam AUD10. Tak kisahlah, janji dekat. Lagipun tak ramai yang bawak kereta, sebab ramai yang menggunakan tram sebagai pengangkutan untuk ke sini, murah dan senang. Rasanya kalau naik tram dari city, free lah.

Ramai mak ayah yang turut sama membawa anak-anak mereka di sini. Show nie hanya 4 hari sahaja nak malam yang we all pergi ni merupakan malam yang terakhir. Seronok tengok anak-anak mat salleh esp yang perempuan datang dengan pelbagai gaya, ada yang datang ala-ala princess, fairies malahan ada juga yang datang full make up apa bagai. Yang boys sempoi aje.

Hai, dahlah harga tiket mahal, nie pun banyak juga melabur dengan macam-macam, semua benda nampak cantik aje, belikan topi the boys yang gilakan CARS nie pun dah AUD15 sebiji ada sekali dengan candy floss, lepas tu nampak pulak bekas popcorn cantik, pun beli jugak. Daddy Jack pulak beli Program book yang berharga AUD18, and also beberapa barang lagi ler. Pendek kata, beli barang dalam nie aje dekat AUD100 jugaklah.

We all masuk pun dalam kira-kira lagi 10 minit show dah nak mula. Malas nak masuk awal-awal sebabnya takut the boys tahan menunggu lama-lama, kang mcm-mcm perangai yang they all buat. Mujurlah kami dapat seat yanng paling atas, and hujung sikit. Kebetulan pulak tepi kami tu mcm ada ruang luas sikit, kalau nak main pun boleh bila they all bosan nanti.

Seat kami paling atas, but still boleh nampaklah the show, taklah sampai kena kecikkan mata. Nie pun kami pakai just Cyber shot aje, kalau bawak my Nikon and the long lense tentunya berbaloi kalau ambik gambar. Tu la kan, pi tinggalkan Nikon tu buat apa...kan dah susah. Mentang-mentang ler ada kamera yang Full HD, yang lama ditinggalkan.

Persembahan pertama dimulakan dengan persembahan the host, Mickey and Minnie Mouse, then ada Donald Duck and Goofy.

Terpegun sekejap si kerinting nie. This is his experience tengok show macam nie. Kalau Danish tak ada hal, dah pernah tengok bola, rugby, even pernah bawak tengok wayang pun.


Inilah yang ditunggu-tunggu bukan aje the boys malahan orang ramai di AEC nie, CARS show. CARS kan tengah hangat sekarang, even CARS 2 pun dah habis tayangannya di Adelaide. Di Malaysia rasanya dalam masa raya nanti, sebab cuti sekolah.

Makin terpegun la si kerinting nie, bila dapat tengok CARS depan mata aje. Selalu cuma tgk movie di TV aje, and main mainan sahaja. Even I hulurkan popcorn pun, haram disentuhnya.

Tapi agak kecewa sikit, dahlah CARS nie persembahan pertama, shownya tak sampailah 5 minit. Ingatkan ada keluar lagi..tak..Alahai..tak berbaloi sungguh ler.

Lepas CARS, persembahan Lion King pulak, full of colours.

And the show semakin membosankan, thru halfway,I dah start sms aje. Even the boys pun dah mula tak duduk diam. Puas bagi makan popcorn and candyfloss, pun tak layan. Udahnya je main kat tepi tu. Danish pun dah start baring aje.

Yer la, mana tak bosannya, orang depan I kata, cuma yang beza tahun nie cuma CARS tu aje, yang lain-lain macam Lion King, Little Mermaid and Tinkerbell tu sama aje macam show tahun-tahun lepas..hah !!! yer ker? Die pun kata rugi die beli tiket untuk anak-anak, tengok CARS tak sampai 5 minit. Hmm, so kalau mcmtu, nampak gayanya tahun depan kita tak payah pergila. Baik tengok circus, lagi bagus.

1 comment:

  1. seriyes btol the boys tengok cars tu :) mesti tak berkelip mata tu :)

    ReplyDelete