Minggu lepas. Toys Sale telahpun bermula untuk seluruh Australia. Kami dah mengalaminya sebanyak 2 kali, kali pertama dulu macam satu kejutan budaya bagi kami sebab tengok orang Aussie berlumba-lumba beli hadiah penuh trolley, ingatkan pi bayar cash, tapi rupanya depa bayar sikit-sikit, dikenali juga sebagai lay-by sebagai hadiah untuk Christmas nanti. Ohh, kami ingatkan depa bayar dan-dan tu jugak, maunya penuh kaunter dengan trolley yang penuh dengan mainan. tahun nie, kami pun tak ketinggalan meraikannya juga. Bukan I la, tapi Daddy Jack yang bersemangat sungguh nak membelikan toys untuk the boys. Hari-hari belek katalog toys nie.
Malam Rabu lepas, masih juga tak putus-putus membelek sambik compare price antara Kmart and BigW, sebab 2 major outlets nie yang adakan Toys Sale dulu on Khamis, 30 June lepas. Another outlet, Target buat mid July nanti, so nak kena teliti satu demi satu la, mana yang paling bersesuaian harganya.
Ingatkan die belajar, rupanya tak cukup dengan katalog yang dihantar ke rumah, belek pulak katalog online. The boys pulak dok pilih mana-mana yang berkenan, tapi tak beli, kena dapat persetujuan dari Daddy Jack la.
Dah habis online, belek and belek katalog lagi..udah ler tu, beli mana yang patut aje, jgn nak balik Malaysia, barang mainan aje dah penuh kontena.
On hari bermula Toys Sales nya, Daddy Jack sanggup bangun pagi, kejutkan I pukul 5.30 pagi..yer pagi buta tu nak suruh masak apa yang patut, and siapkan lunch box Danish sebab nak ke Kmart untuk membeli toys. The boys memang seronok la, tapi pukul 6 pagi nak keluar...sejuk ya Rabbi ler. So, dekat pukul 630 pagi, kami anak-beranak dah tercegat di dalam Kmart untuk membeli toys yang telah disenarai pendek oleh Daddy Jack.
Masa Toys Sales nie, Kmart dibuka seawal 6 pagi, tapi adalah beberapa aje yang baru sampai, tapi semua datang sorang tanpa angkut anak-anak, mesti anak-anak mereka masih tidur lagi kan, taklah macam kami, satu family pergi. Outlet idibuka awal sebabnya memudahkan mat-mat salleh nie pergi band then beratur di kaunter layby tanpa sebarang masalah, kalau dtg petang atau tengahari samada toys tu dah habis ataupun kaunter layby mmg packed sebabnya mereka beli bukannya satu dua barang tapi penuh trolley dengan toys. Itu kalau satu, kalau 2 trolley, macamana?
I just mengekor dari belakang ajelah, malas nak belek satu-satu after all, Daddy Jack memang dah siapkan all his list sebelum datang pun.
Sesiapa yang gilekan Transformer memang berbaloi beli sebab murah sikit rasanya berbanding dengan Malaysia. Sini banyak pilihan, Malaysia tak banyak sangat.
Oh budak kerinting nie sanggup bangun pagi nak pi ikut ke Toys Sales, pastu mulut macam bertih jagung, dok mengomel-ngomel dalam trolley, nak itu ini.
Danish tak minat mengumpul kereta Hot Wheels nie, I tengok pun macam geram aje sebab memang murah sangat, cuma AUD3 sahaja.
Dah siang, nak balik dulu..Danish pun nak ke sekolah. Plan asalnya, nak hantar danish ke sekolah terus tapi we all keluar awal sebabnya ingatkan orang ramai tapi tak, so balik rumah dulu, breakfast then baru hantar Danish ke sekolah balik.
Hasil tangkapan the boys pada pagi-pagi buta tu. Semua seronok, mujurlah Danish tu nak jugak ke sekolah, kalau tak jenuhlah nak pujuk suruh pi sekolah. Dah tentunya dkepala dok ingat nak main mainan baru aje. Cerita pasal toys nie tak habis di sini yer, ada sambungannya.
woww rajinnynya shopping toys pagi2 lagi hehe.. anak k umi seronok abis tgk katalog tp yg kecik tu siap tanya toys ni halal ke tak. :p
ReplyDeletekalo firdaus hotwheels mmg dia minat sgt..
ReplyDeleteKak Umi
ReplyDeleteHahaha, ckp ngan anak-anak Kak Umi, semuanya halal kecuali yang piggy
Kak Ty
Hotwheels memang banyak pilihan kat sini, Kak