Nuffnang Ad

Tuesday 5 July 2011

Tak habis KL, sambung ke Adelaide pulak

Daddy Jack kan tak suka I pi garage sale nie, mengumpul benda-benda merapu katanya so I ajak die pergi IKEA, kalau ke sini tak ada barang merapu. Die ikutkan ajelah sebabnya I dah beberapa hari melayan kegilaannya membeli toys sana sini. Kebetulan Ahad lepas is the end of IKEA sale, tu yang nak jugak pergi tu.

We all decided nak tranform bilik belakang kat rumah tu dijadikan bilik untuk anak-anak main, mainan dah banyak sangat kat rumah nie. Selama nie letak kat hall aje tapi susah lah bila orang datang, anak-anak nak main, org tua nak bersembang so banyak gangguan, so lepas nie anak-anak nak main, main aje kat bilik belakang tu. So, misi utama ke IKEA nak mencari almari untuk letak mainan the boys tu. Nampak this cabinet tengah offer, cuma AUD79 dari AUD149, itu baru framenya sahaja tak termasuk box yang warna warni tu.

After a few hours dalam IKEA tu, nie lah hasil tangkapan kami. Kalau Daddy Jack bagi I beli kat GS, tak angkut barang banyak macam nie tau.

Agak berangin sikit hari tu, so sejuk jugak. Terpaksa pegang trolley, bukannya takut hilang tapi angin kuat sampai troli tu boleh bergerak. Danish yang sibuk nak ambik gambar nie, bosan sementara menunggu Daddy Jack pi ambik kereta. Tapi, mana si kerinting ?

Si kerinting melayan makan ice-cream sorang-sorang di sebelah trolley. Die nie kan, orang sejuk-sejuk sibuk nak makan ice-cream, dah diam kejap. Barang-barang yang we all beli nie, mujurlah muat masuk kereta, kalau tak, tak tahulah macamana. IKEA sini tak sama macam di Malaysia, kalau penghantaran tu tak jadi masalah tapi sini, mereka galakkan and terus bawak balik sebab orang-orang Aussie mereka boleh bawa balik yang besar-sebab sebab mereka ada trailer sendiri, kalau nak suruh pihak IKEA hantar, memang giler.

2 comments:

  1. geram betuk tgk ryan ni tau..

    ReplyDelete
  2. Kak Ty yang hanya tengok gambar pun geram, Gina nie duk hari-hari layan and tengok die pun geram jugak kak

    ReplyDelete