Bulan lepas, kami telah mengadakan Danish birthday bash yang ke 6 di Melawati. Supposed we all balik ke Adelaide on 31 May tapi telah dipujuk oleh Ibu and Ayah untuk tunggu sampai birthday Danish on 10th June, nak celebrate sama-sama. So, kenalah kami tunggu sampai selesau majlis Danish untuk balik ke Adelaide semula. Bila dah tahu nak buat birthday Danish, Daddy Jack lah yang paling beria-ia sekali membuat persiapannya. Dia memang akan bersungguh dalam pemilihan tema, doorgift, makanan dan juga segala macam mak nenek persiapan. I just ikutkan aje sebab semua duit tu, duit die. Bersemangat sungguh Daddy Jack membuat persiapan, mengalahkan macam nak menyambut memantu aje gayanya.
Even my cousin pun dikerahkan tenaga untuk mengikat belon-belon dan juga diberikan tugas-tugas khas untuk melayan aktiviti yang akan dilakukan.
Khemah dipasang untuk memeudahkan para tetamu menjamu selera dan berasa selesa. Oh, setiap majlis hari jadi the boys, mempunyai tema tersendiri, dari segi warna dan juga persiapannya. Untuk majlis Danish kali ini, tema warnanya adalah merah, putih dan juga hitam.
3 beranak yang bertungkus lumus menyiapkan segalanya, siang dan malam. Print sana-sini, beli sticker, cari goodies merata-rata sampai ke IKEA, One Utama dan juga ke Jalan TAR untuk memuaskan hati tuan rumah.
Mengisi marshmellow untuk para tetamu as a gift. Si kerinting pun sama sebuknya, sibuk nak makan jugak, udahnya mulut and rambut penuh dengan gula from the marshmellow.
Daddy Jack sentiasa memastikan semuanya berjalan dengan lancar and also PERFECT. He's a perfectionist. Semua benda nak kena teratur dan juga very details. No messy at all.
I pulak ditugaskan membuat cupcakes untuk diberikan kepada kanak-kanak. Hah ? Tugas untuk I bagi yang leceh, kan. Nak membakar cupcakes untuk 60 orang kids adalah satu cabaran yer, tambah pulak nak kena buat the topping sekali...pengsan !!!!
I memang tak pernah pandai nak buat topping. Ibu pulak balik Kuantan, kalau ada, I serahkan tugas nie kat Ibu ajelah. Nasib baik, pergi aje BAGUS tu, segala macam benda ada yang berkaitan dengan kek ni., so they all suggest pakai this ready to whip topping, just pukul sampai kembang, after that taruk colouring then just hiaskan aje atas kek.
Dalam masa 15 minit, dah siap topping I then leka la pulak meletakkan topping atas kek, gambar tak sempat nak ambil sebabnya tangan dah comot dengan kesan aising.
Hidangan wajib keluarga kami, tak kiralah rumah terbuka atau apa saja keraian roti jala tetap menjadi pujaan, dimakan dengan kuah kari ataupun kuah durian.
kty x dpt attend sbb masa tu kat luar kuala lumpur.sorry ye gina. :(
ReplyDeleteas salam kak...selalu SR je...wah..mmg mcm nk sambut menantu.. mcm2 ada...anyway...salam ukhuwah dan happy belated birthday buat danish...
ReplyDelete