Nuffnang Ad

Tuesday, 5 July 2011

The Ghan Kebab House

We all jarang makan luar, ada tu tak menepati selera, bosan jugak kalau makan luar pun beli pizza aje, but I told Daddy Jack is it possible tak kalau weekend makan di luar, sebabnya I nak cuti rehat from memasak la. Tak larat masak sampai seminggu straight, sesekali nak jugak berehat, kan. So, we all surf the internet and cari mana-mana restoran halal yang boleh menepati citarasa kami. One of it, and atas my Adelaide's gang jugak adalah satu kedai kebab di Prospect Road, The Ghan Kebab House.

We all singgah makan sebelum pergi IKEA lagi, sebab nak lunch dulu then baru pi IKEA. Nanti susah pulak, kalau pi IKEA dulu, nak shopping pun tak senang bila the boys dok mengadu lapar and lapar. Tapi sebelum sebsampai, dalam kereta the boys dah makan biskut dulu as a snack, untuk lapik perut maklumlah sejuk-sejuk nie cepat lapar. Ryan as always akan sentiasa comot lepas makan.

Danish and Daddy Jack yang membuat order. Danish pun taklah picky sangat hal-hal makan nie, die memang suka dapat makan di luar. Bila cakap dengan die kita nak makan luar melompat die, gembira tak terkata.

Sini tak ada waiter datang ambik order kat meja, semuanya kena main self service aje, cuma akan ada orang datang serve makanan untuk kita sahaja.

Kebetulan pulak, dalam kedai nie ada katil yang dah diubah menjadi macam tempat duduk, so sementara menunggu makanan siap, the boys dok leka main-main and baring atas sofa nie.

Tengok the boys seronok aje lepak atas katil nie, i pun decided nak join jugaklah sambil tu sembang-sembang dengan Danish, layan Ryan bercakap. Taklah menganggu orang lain dalam kedai tu, walaupun tak ramai pun dlm kedai tu.

Daddy Jack order nasi and beef skew, nampak nasinya macam sedap dengan beras yang panjang-panjang, rasanya guna beras basmathi nie. I always love nasi arab.

Mine just order Chicken Tandoori, makan dengan roti besar gedabak. Ayam habis, tapi roti tu tak larat nak habiskan. Banyak sangat.

Selain nasi arab, dah jatuh cinta dengan arab salad jugak. Selama nie, jarang makan sayur-sayur mentah nie tapi sejak dah jatuh cinta dengan Middle East dishes, so kenalah suka all the dish, kan.

Danish tak mahu makan nasi, nak cuba makan kebab..but kebabnya punya portion memang besar and the daging so banyak and juicy pulak tu. Memang makan puas-puaslah Danish dengan kebabnya. So, masa on the way ke IKEA, tertido kekenyangan dalam kereta.

Ryan nie agak susah sikit bab-bab makan nie, die dah agak kurang sikit pengambilan the food, ada tu just jamah-jamah aje. Ayah complaint jugak Ryan dah kurus. I pun tak tahu apa yang die suka makan, dulu die suka makan mee atau spaghetti but lately I tengok macam dah tak peduli dah. Hari tu ada masak pasta, just a plain one, rebus pasta letak butter, berselera I tengok die makan. Hmm, lepas nie kena beli all types of pasta la pulak.

2 comments:

  1. mm sedapnya kebab.. dan ayam tandoori wah mm jd lapar la pulak :)

    ReplyDelete
  2. Kak Umi
    Perth lagi banyak pilihan, kan

    ReplyDelete