Nuffnang Ad

Monday 5 December 2011

Melbourne Road Trip-Trip Makan-makan

Aihhhh, berjenuh nak menghabiskan cerita trip ke Melbourne nie, tak habis lagi, dah balik Malaysia..lepas tu sambung pulak pi Chiangmai..so I akan buat yang terbaik untuk semuanya yer.

Bila berjalan-jalan, tak sah kalau tak makan di luar kan. Yer la..mana nak masaknya so makan luar ajelah. Di Melbourne and Sydney sahaja yang ada Mcd dan juga KFC yang halal. Like McD cuma ada certain makanan aje yang halal, bukan semua yang halal. Tak pasti, boleh aje refer pada notice boardnya, ada list apa yang boleh dimakan.


The boys yang pilih nak makan Mcd on hari pertama kami sampai di Melbourne. Malas nak pikir makan apa, so pilih McD aje senang, and we all pun okay aje. Lama juga tak makan McD.

Sampai aje makanan, semuanya nampak gelojoh..hehehhe, tambah pulak masing-masing kelaparan. Semuanya nampak sedap aje.

Danish la yang paling seronok sekali bila dapat makan di luar. Maklumlah bila di Adelaide, kami mmg jarang sangat makan di luar, ada tu tak menepati selera like tak pernah lagi mencuba Indian food, I think Daddy Jack tak begitu berminat. Danish is more into tekak melayu, while Ryan more into pasta and adik beradiknya. Me? Belasah aje, asalkan sedap.


Masing-masing masinvg mencuba cheeseburger aje. Bila sampai kaunter, terus mcm blur nak order apa. So, first round order cheese burger dulu lah.

Selalu tengok iklan McD kat Adelaide, this Frappe, nampak mcm sedap aje tapi seganlah pulak nak masuk McD Adelaide sebab tak halal kan, walaupun tahu, beli ice cream atau air okay aje. Bila dah di Melbourne, teruslah tak ada malu-malu lagi. I think inilah pengganti Starbucks Frappucinno di Adelaide nanti. Hopefully, bila masuk Spring atau Summer, sentiasa ada.

My first lunch at McD, cheeseburger and Coffee Frappe. Satu masalahnya di Mcd oversea nie, depa tak ada sos cili, so nak taknak samada makan burger kosong ataupun letak ketchup aka sos tomato. Tapi sesekali sedap juga rasanya.

Daddy Jack pun sampai order 2 kali, kali pertama makan cheeseburger..kali kedua disebabkan tak tahan tengok orang sebelah makan Big Mac so order Big Mac pulak.

Daddy Jack mencuba Frozen Coke, sejuknya terasa naik ke kepala.

Penuh meja dengan makanan. Masing-masing enjoy the food and makan macam nak rak.

Sementara menunggu nak ke tempat lain, just lepak-lepak dulu, then the boys main kat Playland. Tak ramai pun orang, maybe dah lepas lunch hour so agak lengang sikit.

Dah puas main, so habiskan makan sebab nak ke tempat lain pulak.

Masa Danish keluar berdua dengan Daddy Jack, they all singgah makan di Chilli Padi Kopitiam di Harbourtown. All food are Halal and sedap, kata Danish.

Ryan nak sangat makan sate so they all tapaukan sate untuk Ryan aje. Alhamdulillah, nampak berselera die makan after dah beberapa hari kurang makan sebab masalah tonsilnya itu.

Untuk I, they all bungkuskan Kuay Teow Goreng aje, sedap jugak. Lagipun dah lama tak makan kuay teow, balik-balik goreng mee aje sampai dah jemu jugak.

Masing-masing menikmati sate sambil layan TV

Bila ke DFO, kami singgah pulak makan kebab. Ohhh kebabnya memang terbaik dengan filling yang melimpah ruah and the roti yang sangat lembut.

We all, kalau makan kebab kena order 2 yang plain as for the boys yang tak makan sayur. Me and Daddy Jack just share aje sebab kebab depa nie besar, mmg tak larat nak habiskan.

The boys memang suka makan plain chicken kebab nie, even di Adelaide pun sama juga. But I prefer kebab yang press the roti, nampak kemas sikit bila nak pegang so the filling tak tertumpah-tumpah.

Hmm, sedap kan nampak kebabnya. Actually, banyak aje kedai Halal di sekitar Melbourne antaranya kopitiam, Secret Recipe dan beberapa Middle East shop tapi since we all tak banyak masuk City cos Ryan tak sihat so inilah aje yang we all sempat makan pun. Ada juga yang tuan rumah yang kami tumpang sediakan makan malam untuk kami.

Tak sempat menyinggah di sini. Sampai aje dah tutup, so tak dapat merasa the real Frapucinno..maybe next time yer.

1 comment:

  1. the cili padi kalau tak salah my fren's hubby kerja situ... chinese

    mcm best je road trip macam ni...

    ReplyDelete