Selalunya bila balik Malaysia, makan kat luar tu memang selalu. Normally bila malam tu memang akan makan diluar. Nanti Danish akan bertanya, malam ni kita nak makan dimana? Hmmm, pastu semua agak blur nak makan dimana. So ada satu malam masa balik Malaysia tu we all makan di Sakura Kristal berdekatan our house aje cos hujan tersangatlah lebat.
Entah kenapalah sejak balik Malaysia suka sangat makan dumpling. Tak kishalah yang bersup atau yang digoreng. Asal nampak ada dumpling dalam menu, sure nak rasa.
Bila dah sejuk-sejuk hujan, seronoklah makan mee hailam, sedap juga.
Ryan bukannya kisah sejuk ke panas kat luar tu, tetap nak order Chocolate Milkshakenya.
Chicken Sandwich for Ryan, look good and sedap sangat-sangat. For the first time, habis dimakannya.
Memang la habis, tapi jenuh nak menunggu die makan cos mulut tak berhenti-henti nak bercakap aje.
Danish as usuallah, dengan Nasi Goreng Cina..tak mau pedas and tak mahu sayur. Payahnya lah nak ajar my boys makan sayur, kadang-kadang tu sampai kena sorokkan sayur celah nasi atau mee. Kalau nampak aje ada hijau-hijau semua suruh ketepikan dulu. Padahal masa baby dulu, bila masakkan bubur, siap letak broccoli, peas, bayam even letak carrot and laju aje masuk dalam perut. Sekarang ni sangatlah berbezanya.
Daddy Jack bila dah nampak restoran ada big screen and menayangkan live football mmg tak kemanalah mata tu. Asyik sungguh walaupun bukan team favourite die. Janji ada game bola, tetap layankan juga.
Bila dah habis makan, masing-masing terpaksalah tunggu kejap cos hujan masih lebat, nak pergi ke kereta mcm tak sanggup nak meredah so lepak-lepak dulu sambil menghabiskan makanan yang ada lagi.