Nuffnang Ad

Tuesday 30 July 2013

Iftar MYPSA

2 minggu lepas, we all mendapat undangan from MyPSA(SA) untuk bersama-sama beriftar. Sejak duduk Adelaide ni, MyPSA tak pernah lupa untuk mengajak semua ahlinya untuk beriftar bersama-sama. Setiap tahun, caranya berbeza-beza.

Iftar kali ini diraikan hanya bersama ahli sahaja, tak macam tahun lepas, we all beriftar beramai-ramai dengan semua persatuan pelajar yang ada di Adelaide ini. Alhamdulillah, sejuk tengok gambar anak-anak kecil yang dah dilatih bersolat sejak dari kecil lagi.

Menu utama adalah nasi minyak hujan panas, tapi bak kata tukang masaknya, nasi minyak hujan batu cos pagi tu hujan turun dan ada masanya dengan hujan batu sekali.

Para tetamu yang datang sentiasa membawa pelbagai jenis juadah antaranya kuih muih. Walaupun sedikit seorang tapi bila di letakkan atas meja tu nampak banyak la jugak.

As for me, hanya sempat membuat kuih bakar aje cos sibuk mengemas rumah, masukkan barang-barang dalam kotak serta punggah kotak-kotak yang dah siap masuk dalam garage.

Ramai bertemu kenalan baru dan juga yang lama. Ada juga yang kebetulan pagi Sabtu tu baru sampai dengan newborn lagi. Kesianlah kan sampai di Adelaide dalam keadaan sejuk mcm ni.

Ada di kalangan my Adelaide's gang ni yang dah nak balik dah masa puasa ni, so kesempatan ini diambil untuk berbuka puasa bersama-sama sebelum balik for good nanti. Even ramai juga yang akan balik beraya tahun ini di Malaysia, tak tahulah berapa ramai yang tinggal masa raya nanti.

Tak dinafikan nasi minyak hujan panas, ayam masak merah serta acar hasil masakan Liza, Hai, Deris dan Abang Nizam memang best. Macam Abang Nizam cakap, die yang tertonggok depan I pun tak dihiraukan. Ohhh, itu belum rasa lagi kari kambing Liza, maunya orang cakap depan I pun tak dengar aje sebab menghayati kesedapan kari kambing itu.
 

6 comments:

  1. Sedapnya nampak kuih kacang tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rina Mazlan
      Memang sedap, comel-comel aje bulatnya

      Delete
  2. Sedapnya nasi ujan panas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap Kak Aty, tambah makan bila sejuk-sejuk ni

      Delete
  3. pelik pulak i tengok pompuan solat tak pakai kain telekung mcm biasa tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. NenetPenne
      Hihi pelik yer, sebab kita dah biasakan tengok orang perempaun kemana-mana pun solat dengan telekung

      Delete