Nuffnang Ad

Thursday, 5 January 2012

1Malaysia

Sekarang nie kan heboh dengan 1Malaysia, sampaikan kedai runcit pun ada 1Malaysia juga. Salah satu kedai runcit 1Maalysia tu ada di Wangsa Maju tapi tak sempat pulak nak menyinggahnya. Masa balik Malaysia hari tu, ternampaklah banner di sepanjang Setiawangsa tentang kedai ikan 1Malaysia. Ehhh, kedai ikan pun 1Malaysia jugak? So, nak jugaklah tahu macamana konsep kedai ikan 1Malaysia nie, maka Ibulah menjadi teman ke sana.

Kebetulan masa kami sampai, tengah ada pelancaran kedai nie, so ramailah reporter and camareman dok fokus sana sini.

Sepanjang duduk di Adelaide, makan ikan hanya boleh dibilang dengan jari aje. Nak makan ikan di Aussie nie tak berapa nak pandai. Itupun Kak Shidah yang ajar makan ikan garfish. Malas sikit nak makan ikan sebab nak beli yang fresh kena pi jauh sikit, so rasa macam tak berbaloi aje so we all cuma makan ayam sahaja.

Tak pastilah siapa yang merasmikan kedai nie, malulah ko Gina oiiii tak tahu siapa nie. Yer la, I mana nak perasannya siapa individu nie.

Ibu cakap, harga not bad jugaklah and ikan-ikan pun nampak segar aje. Diharapkan ianya berkekakaln sampai bila-bila. Jangan hanya masa pembukaan aje semuanya nampak segar dan gebu-gebu ikannya.

Walaupun nama kedai nie kedai ikan 1Malaysia, namun ada juga menjual ayam dan daging. Malahan ada juga menjual beberapa bahan runcit macam rempah ratus, minyak dan beberapa barang makanan yang lain. Sesungguhnya Malaysia Boleh !!!!

No comments:

Post a Comment