Nuffnang Ad

Thursday, 12 January 2012

KK Stories- Mari Mari Cultural Village Part 03

Akhirnya, kami sampai dirumah yang terakhir iaitu kaum Murut. Rumah nie kena ambushed dengan orang-orang Murut. Mereka akan keluar dari hutan dan seolah-olah mcm menawan kita sebab orang Murut nie headhunters atau pemburu kepala.


Nenek kebayan yang menyambut para tetamunya

Ryan as usual la, takut giler sampai kuat betul tangan die peluk I.

Danish mencuba untuk menyumpit dengan bantuan penjaga rumah tu. Bukan senang tau.

Daddy Jack with Murut man

Segalam penerangan mengenai sesuatu kaum di Sabah ini boleh baca di information yang diberikan.

Di dalam rumah orang Murut nie berbeza sikit dengan rumah-rumah yang lain, ada satu tempat untuk kita mencuba Lansaran.

Lansaran ini diperbuat daripada buluh sebab senang meluntur dan tahan. Lansaran bermaksud melompat setinggi dan sekuat mana yang boleh untuk mencapai taget yang diletakkan dibahagian bumbung rumah.

Normally, ianya dijadikan permainan untuk setiap kampung. Tapi disini, para pelawat boleh mencubanya kalau mahu.

Cara melompat untuk mendapatkan target tu ada skillnya, bukan boleh main lompat sembarangan. Budak yang jadi my touridt guide tu pun baru aje beberapa minggu keluar dari hospital cos kakinya patah melompat lansaran nie.

Bersama-sama Murut men.


Dalam nie ada pulak yang buat henna, thought of nak buat juga tapi ramai pulak yang menunggunya, so Danisha jelah yang dapat.

Hasilnya, motif corak kaum Murut

Sebelum makan, kami diraikan dengan persembahan kebudayaan mengikut kaum di Sabah.

Tetamu juga diajak untuk mencuba menari tarian buluh. Daddy Jack and Danish mencubanya. Hmm, nampak senang, kan tapi nak kena mahirkan otak and kaki juga, kalau tak tersepit.

Seronok melihat persembahan mereka nie, dengan pakaian yang berwarna warni and juga irama lagu yang mengasyikkan.


Seronok dapat mengenali pelbagai budaya di Sabah ini, I think, mungkin akan ke Sarawak balik untuk mengenalkan Ryan pulak dengan budaya di Sarawak pulak.

No comments:

Post a Comment