Nuffnang Ad

Tuesday, 10 January 2012

KK Stories-The arrival

Masa we all balik Malaysia bulan lepas, sempatlah cuti-cuti Malaysia kejap. Kali nie ikut Ayah yang ada meeting di Kota Kinabalu so tumpang la sekali. Tak pernah ke KK nie, Daddy Jack dah puas dah masa kerja dulu. Me and Danish baru sampai Sarawak aje, itupun masa mengandungkan Ryan. Kali nie kami pergi sekeluarga. Pergi sama hari dengan Ayah cuma waktu penerbangan yang lain. We all ambik flight yang akhir sekali, dalam pukul 10.10 pm, since tak pernah nak merasa naik ERL, so we all anak beranak naik ERL aje ke KLIA. Pengalan baru bagi Ryan juga.

Orang pun tak ramai, maybe sebab tak ramai yang naik ERL, kan

Sungguh terpegun Ryan dapat naik ERL, merasa juga die naik train. Nak bawa naik LRT, takut sesak dengan orang ramai, so tak terkawal nanti.

Seronok nampaknya

Danish dah tak heran sangat, sebab dah merasa juga masa kami ke Sarawak 3 tahun yang lepas. Pun nak bagi Danish experienced naik ERL.

Punyalah excited, duduk pun dah macam orang bersanding pulak.


Urusan check in telah diuruskan oleh PA Ayah, so we all just drop our luggage aje, bukannya banyak pun, just small luggage aje.

Then, the boys nak main playland sebelah KFC tu but still underconstruction lagi so beralih la ke McD sahaja. Nak order punyalah ramai manusia, so lambat sikit sempatlah solat dulu.

Budak nie mmg excited kalau dapat naik aeroplane, maklumlah tahun nie aje dah 4 kali balik Malaysia.

Masing-masing excited, but I yang paling excited sebenarnya lepas turun eskelator tu.

I excited giler sebab nampak kaunter Rahsia Victoria nie. Dah lama tak memborongnya sebab dok pakai perfume beli di Adelaide aje. Nak beli, but Daddy Jack kaya tunggu balik from KK nanti baru beli sebab nak cepat ke pintu berlepas.

We all jadi Pak Pandir kejap. We all antara yang terawal sampai di pintu masuk, tapi nampak mcm tak ramai orang. Lepas tu, dengar pengumuman, pintu masuk kami telah ditukar ke wings yang lain pulak. Udah satu kerja nak jalan jauh lagi...phewwwww !!!!

We all have to sit separately, Danish with Daddy Jack while me duduk belakang with Ryan. Hmm, first time berpecah macam nie, ingatkan dapat satu row.

Belum take off lagi dah sibuk nak minum susu, tapi harapnya Ryan tidur la dalam flight nanti sebabnya dah puas berlari kat terminal.

Makan time, ada satay tu..sukalah Danish

Pramugari yang sangat comel, layanan pun baik aje. Lemah lembut orangnya

Me pun ambik satay with rice. Tak lalu nak makan nasi but makan satay yang lembut sangat.

Hahahah, budak nie dak tidur 5 minit after berlepas and masa landed pun masih tidur lagi.

We all sampai KK pukul 1 pagi, gelap gulita kat luar tu, even airport pun dan sunyi sepi

So, selamat mendarat di KK..semuanya muka mengantuk lagi dan kita akan ke hotel untuk sambung tidur balik.

Mujurlah ada orang yang jemput kami di sini, kalau tak mana pandai nak cari teksi pagi-pagi buta nie.

1 comment:

  1. belum lagi sampai ke situ. bila laa uitm sbh nak ajak ni :p

    ReplyDelete