Nuffnang Ad

Thursday, 5 January 2012

Birthday Lunch treat

After berkurung dalam rumah tak keluar-keluar sebab kepanasan mencecah 40 degree, and lagipun kedai banyak yang tutup sebab cuti tahun baru so on my birthday tu, we all keluar ke City untuk meraikan my hari tua. Kami keluar lewat sikit cos Daddy Jack pi Uni kejap, nak setlekan form SPBA nya tu...ehem..ehem..gaji yang cantik nombornya yer...tumpang bangga juga. So, kami nie kalau ke City mmg tak pernah guna public transport, bawa kereta and parking kat City aje. Bukannya tak biasa naik bus tapi dengan the boys yang tak tentu hala tu so baiklah kami naik kereta aje. Bila dah sampai tu, kenalah isi perut dulu sebab tak sempat nak menyiapkan breakfast sebabnya masing-masing dah bangun lambat, kan. Danish kalau pergi City nie, suka sangat makan dekat kedai Uncle Azam tapi kedai tu tutup cos he went back to Malaysia so knalah cari tempat lain pulak. Daddy Jack suggest we makan kat Mekong Thai.

Dah lama nak ke sini, esp during weekend tapi die akan buka lambat dalam pukul 5 macam tu. So, malas nak tunggu. Kenetulan pulak during lunch hour, memang akan buka so kami pun order their lunch special.

My King of Heart and the Princes..terima kasih untuk layanan istimewa ini.

Orang pun tak ramai and my boys well behaved so semua makan dengan aman. Tak ada drama, ataupun kejadian tak tak didingini berlaku.

Our first dish yang sampai...Tomyam Gung. So sad bila nampak tomyamnya yang cair. Hanya ada beberapa biji cendawan and 3 ekor udang sahaja.

Then, fried rice pun sampai. Order sampai 2 pinggan, ingatkan sikit sekali portion macam boleh makan sampai 3 orang tau. Tasteless, tak ada rasa mcm nasi goreng. Ada ker nasi goreng letak taugeh as sayur? Kalau carrot, I boleh terima lagilah. When it comes to eat Thai Food in Australia..I always think that Taste of Thai kat Sydney memang terbaik. The foods memang marvellous. Portion memang besar, tapi cukup semuanya, rasa dan juga bahan-bahan rencahnya. Hmm, nanti nak ke Sydney lagilah, boleh makan lagi.

No comments:

Post a Comment