After persembahan kebudayaan tu, perut pun dah mula minta diisi and terus bergerak ke tempat makan. Makanan dah masuk dalam pakej so harapnya makan adalah sedap dan berpadanan dengan harga yang telah dibayar untuk masuk.
Ni ayam yang disediakan untuk tetamu di dalam buluh disediakan oleh orang Dusun. rasanya macam masam sikit sebab diperap dengan halia dan limau. Lebih kurang mcm starter aje.
Makanan memang banyak, antaranya keledek rebus...ohhhh sedapnya
Pisang goreng yang disira dengan gula
Pisang salai pun ada juga
Salad dressing untuk dimakan bersama ulam-ulaman
Ibu cakap sedap, tapi I tak sempat nak cuba. Ibu kata cicah dengan keledek atau pisang salai tu mmg sedap sambil minum kopi panas, alamak, sedapnya.
Ulam-ulaman juga ada disediakan
Ikan masak lemak bersama nangka
Ayam goreng
Ikan kering diperah asam limau, terangkat beb makan dengan nasi panas
Sayur nangka
Air kelapa pun ada disediakan tapi yang nie kena bayar, sebiji RM5 sahaja
Coffee and tea, free flow, boleh minum banyak mana yang kita nak
My lunch, makan sampai sengkak perut dibuatnya, sedap. Jangan risau, makanan disini semuanya HALAL so tak ada was-was untuk makannya.
mak ai terliurnyerrr :)
ReplyDeleteterliur tengok pisang salai tu :P
ReplyDelete